Showing posts with label sains. Show all posts
Showing posts with label sains. Show all posts

Tuesday, 30 January 2018

Artikel Peperangan senjata Kimia


     Peperangan pada masa kini banyak melibatkan pelbagai jenis sistem persenjataan. Antara senjata yang paling banyak digunakan di dalam perang moden ialah senjata pemusnah besar-besaran yang menggunakan kuasa nuklear atau juga dikenali dengan bom atom, senjata kimia dan senjata biologi. Baru-baru ini di Gaza, Palestin kita dikejutkan dengan kehadiran tentera laknat Zionis Israel yang dilaporkan menggunakan senjata kimia yang mengandungi fosforus di dalam peluru berpandu mereka yang akan memberi kesan jangka panjang ke atas penduduk islam Palestin. 

     Sejenis senjata pemusnah besar-besaran yang digunakan sejak Perang Teluk Pertama di Iraq dahulu ialah senjata yang diperbuat daripada sisa nuklear yang dikenali sebagai Depleted Uranium (DU) Senjata yang dihasilkan daripada depleted uranium menjadi ancaman di dalam perang pada masa kini. Apabila senjata ini meledak, pencemaran zarah-zarah ledakan bersaiz nano ini akan mengisi ruang udara sebelum jatuh ke bumi dan sistem perairan di mana ia akan merebak ke dalam rantaian makanan benda hidup termasuk manusia. Perkara ini amat ditakuti oleh mangsa-mangsa perang dan memberi kesan penderitaan mendalam kepada mangsa termasuk veteran Perang Teluk seperti yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO. 

   Artikel ini cuba membincangkan bahaya depleted uranium dan Sindrom Perang Teluk.Simptom-simptom Sindrom Perang Teluk (Gulf War Syndrome) sangat aneh dan pelbagai bentuk bermula dari ketidakstabilan sistem keimunan tubuh dan penyakit saraf sehinggalah kepada kecacatan bayi yang baru lahir. Gejala yang timbul sukar dikelompokkan kepada satu kumpulan penyakit untuk ditentukan penyebab utamanya. Menurut istilah perubatan ia dikenali dengan nama Sindrom Perang Teluk sempena mengambil nama penyakit tersebut yang dikesan selepas berlakunya Perang Teluk Pertama di Iraq pada tahun 1990-1991 dahulu.

 Sisa-sisa radioaktif senjata yang diperbuat daripada depleted uranium yang diperkenalkan pertama kali dalam Perang Teluk Pertama sering dikaitkan dengan peningkatan tanda-tanda penyakit ganjil yang menghantui veteran Perang Teluk. Selain Perang Teluk pertama, ia juga digunakan dengan meluas dalam perang diRantau Balkan. Yang dimaksudkan dengan depleted uranium ialah unsur uranium yang mempunyai kekuatanisotop U-235 yang lebih rendah daripada uranium semulajadi. DU merupakan hasil sampingan (by-product) dari proses pengayaan uranium. Proses pengayaan uranium ialah suatu proses utama dalam menghasilkan senjata nuklear. Walaupun tahap keradioaktifan DU ini adalah rendah dan dianggarkan sekitar 40% lebih rendah daripada unsur uranium semulajadi, tetapi sifat toksiknya sangat tinggi. Apabila terjadinya ledakan senjata yang diperbuat daripada DU ini, partikel mikro dan nano akan terawang-awangan di udara seperti debu di mana ia akan disedut ke dalam sistem pernafasan manusia dan haiwan, jatuh ke tumbuh-tumbuhan, sayuran dan air yang juga akan digunakan semula oleh manusia di dalam rantaian makanan. 

  Dr Antonietta Gatti dari University Modena Itali merupakan ketua penyelidikan di Makmal Biomaterial di universiti tersebut yang telah mengemukakan bukti kukuh kewujudan partikel mikro dan nano yang terhasil dari DU ke atas tisu badan manusia. Beliau menggunakan teknik terkini teknologi Mikroskop Imbasan Elektron (SEM) dalam menganalisis sampel ujikajiannya dalam mengenal pasti partikel DU. Salah satu kaedah eksperimen di makmal mengesan sisa-sisa DU ini ialah dengan menggunakan sampel-sampel runtuhan bangunan di tempat berlakunya ledakan bom dan juga sampel dari anggota badan veteran perang. Sampel-sampel ini kemudiannya dicampurkan dengan tisu paru-paru yang diletakkan dalam satu tempoh tertentu. Selepas beberapa jam campuran sampel tersebut  dianalisa di bawah mikroskop imbasan elektron. Hasil yang mengejutkan didapati terdapat partikel-partikel logam bersaiz mikro dan nano terkumpul di sampel organ paru-paru. Menurut Dr Antonietta, partikel halus tersebut boleh merebak ke organ badan yang lain seperti hati, limfa, buah pinggang dan otak. Selain itu partikel logam daripada DU ini juga akan kekal di dalam sel darah dan merebak ke sel-sel saraf serta memasuki sistem pembiakan manusia.

   Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, angka pesakit leukimia dan kecacatan sejak lahir meningkat secara drastik di kota-kota yang pernah digugurkan senjata menggunakan depleted uranium ini seperti di Kota Basra, Iraq dan Bosnia-Herzegovina selepas perang. Bukti-bukti ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan dan pengalaman bekas-bekas tentera yang pernah berkhidmat semasa Perang Teluk yang mengalami penyakit kronik yang sukar diubati, hilang daya ingatan dan keletihan melampau. Veteran perang dari Itali yang pernah berkhidmat di Bosnia juga melaporkan perkara yang sama. Walaupun tidak menggunakan sepenuhnya unsur nuklear di dalam pembuatan senjata yang digunakan di dalam perang pada hari ini, bahaya penggunaandepleted uranium memberi kesan yang sangat berbahaya kepada mangsa perang dan tentera terlibat. 

   Usaha-usaha kini sedang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO dan badan-badan dunia bagi mendesak kuasa-kuasa tentera dunia supaya menghentikan penggunaan bahan depleted uranium selain menentang pembinaan senjata nuklear yang jelas membawa padah kepada generasi manusia dan kehidupan di dunia pada hari ini. 
Artikel ini pernah tersiar di Majalah Milenia Muslim Jun 2009. Penulis kini menetap di Montreal Kanada.


Bahana Dadah Pada Otak


        Marcapada ini , isu dadah merupakan isu yang tidak asing lagi dalam negara kita di mana impaknya yang mampu melumpuhkan sesebuah negara. Malahan dadah juga diklasifikasikan sebagai musuh nombor satu negara pada abad ini di mana kerajaan juga telah mengisytiharkan bahawa dadah ini harus diperangi hingga ke akar umbi.

        Namun, apakah sebenarnya dadah? Dadah atau "drug" adalah berkaitan dengan apa-apa juga bahan kimia iaitu samada asli atau tiruan, dimana ianya dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap ataupun dimakan. Disamping itu juga, bahan kimia psikoaktif tersebut memberi kesan yang paling ketara ke atas sistem saraf pusat terutamanya otak dan saraf tunjang seperti menyebabkan seseorang penagih dalam keadaan khayal, ketagihan dan mengalami gangguan tingkahlaku. Selain itu, boleh mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan juga fungsi sosial seseorang dimana boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

   Jenis-jenis dadah yang dikenali umum adalah terdiri daripada heroin, morfin, syabu dan ganja. Namun, mengikut PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) sebenarnya dadah ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti opiat, kanabis, depresen, stimulan, halusinogen, inhalant dan prekursor. Pada setiap jenis dadah ini pula terdiri daripada jenis-jenisnya yang tersendiri. Contohnya jenis opiat terdiri daripada heroin, morfin, candu dan kodein manakala kanabis terdiri daripada ganja dan hashish. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius.

      Dalam era millenium ini, dadah dilihat menguasai semua peringkat umur dan latar belakang pendidikan. Antara percaya atau tidak penyalahgunaan dadah bukan sahaja dikalangan mereka yang berusia 25 tahun hingga 40 tahun, penganggur dan orang yang kurang pendidikan malahan melibatkan golongan berpendidikan tinggi dan ahli-ahli profesional. Golongan penagih ini terdiri dalam setiap lapisan masyarakat iaitu tanpa mengira usia sedari belasan tahun sehinggalah kepada warga emas. Statistik daripada AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan)mendapati sepanjang tempoh 8 bulan 2008, golongan belia yang berumur di antara 19-39 tahun masih lagi merupakan majoriti penagih yang dikesan iaitu seramai 6,054 orang (0.034% daripada golongan umur unjuran penduduk Malaysia yang berusia 15-64 tahun (17,620,300 orang). Ini menunjukkan golongan belia merupakan yang tertinggi terdedah dengan risiko penagihan dadah ini.

    Antara punca-punca seseorang itu menagih adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya, maka tidak hairanlah golongan belia yang paling ramai terjebak dalam lembah dadah ini. Ditambah pula dengan keinginan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Keinginan ini akan menjadi teruk sekiranya seseorang itu bergaul dengan penagih kerana mereka boleh terpengaruh disamping dengan mudah untuk mereka mendapatkan bekalan dadah. Seterusnya ialah untuk mencari keseronokkan. Masa di usia remajalah merupakan zaman yang sungguh manis dan penuh dengan keseronokan. Justeru, pada usia ini kebanyakan remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang paling digemari dan hanya berbentuk keseronokan yang sementara sahaja termasuklah dengan menagih dadah. Sebelum melakukan sesuatu kita seharusnya berfikir panjang akan akibatnya kerana ” Fikir dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna lagi”.

   Di samping itu, tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja turut mendorong seseorang itu untuk terjerumus ke dalam lembah dadah ini. Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku hingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi. Penyalahgunaan dadah yang berterusan ini boleh mendatangkan kerosakan kepada diri terutamanya dari segi kesihatan (penyakit), keluarga, masyarakat dan negara. Kesan terhadap penagih jelas dapat dilihat dari segi fizikal iaitu penagih menjadi kurus, lemah tenaga, khayal, ganas, rasa ketagihan yang berlebihan sehingga berkemungkinan boleh membawa maut. Manakala dari segi kesihatan ialah penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan yang kotor terutamanya boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun.
Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Melalui perkongsian jarum ini juga menyebabkan virus hepatitis boleh merebak sehingga boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, maka tidak hairanlah ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.

   Selain itu, kesan kepada masyarakat ialah suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Di samping itu juga, persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah ini. Negara juga akan menerima impak di atas perbuatan rakyatnya sendiri iaitu terpaksa menanggung beban kewangan bagi membina pusat-pusat serenti dan juga menyebabkan negara menjadi mundur.

    Tindakan  pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan daripada semua golongan masyarakat. Masyarakat harus dididik  sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh bak kata pepatah ”Melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.  Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam  hati  sanubari  anak-anak terutamanya, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita  harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk  mewujudkan  satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Kimia Dalam Bioteknologi



  Hukum-hukum fizik terpenting yang mendasari teori matematik untuk memahami sebahagian besar ilmu fizik dan kesemua ilmu kimia telah diketahui selengkapnya; namun kesukaran hanyalah kerana penggunaan tepat terhadap hukum tersebut akan menerbitkan banyak persamaan matematik yang terlalu sukar untuk diselesaikan, demikian kata saintis fizik, Paul Dirac pada 1929. 

   Semasa menulis hal ini pada 1929, Dirac sama sekali tidak tahu tentang komputer. Malah komputer hanya dicipta pada tahun lima puluhan dan ketika itu tiada siapa pun menjangka perkembangan pesatnya. Kini apa yang disebut kesukaran oleh Dirac bukan lagi kesukaran. Persamaan yang sukar akibat daripada penggunaan teori kuantum terhadap masalah kimia atau biologi yang sangat kompleks kini boleh diselesaikan dalam masa beberapa jam dengan menggunakan kaedah kimia komputasional (computational chemistry) dengan bantuan perisian dan perkakasan komputer canggih hari ini. 

    Pada tahun 1998 Hadiah Nobel kimia dianugerahkan kepada Walter Kohn dan John Poplekerana menghargai sumbangan mereka dalam kimia komputasional yang seterusnya mengasas teknologi molekul (molecular technology) yang kini sama pentingnya dengan bioteknologi. Seperti bioteknologi, teknologi molekul memerlukan ChemInformatics. Keutamaan bidang sains dan teknologi molekul dapat diperhatikan daripada jumlah koleksi buku dan jurnal terbitan terkini dalam bidang tersebut yang melebihi bidang sains yang lain.
   Teknologi molekul sebenarnya adalah teknologi yang dicipta dengan memanipulasikan molekul dan atom pada skala nano (nano scale).Kini teknologi molekul lebih dikenali dengan panggilan nanoteknologi. Nanoteknologi merangkumi bioteknologi dan teknologi molekul bahan. ChemInformatics atau molecular informatics adalah maklumat tentang molekul.Maklumat ini terjana daripada pemahaman terhadap interaksi molekul, atom, elektron dan zarah sub-atom lain. Pemahaman boleh diperoleh dengan dua cara.Pertamanya melalui kaedah kimia komputasional sama ada melalui teori kuantum yang disebut oleh Dirac; mekanik statistik untuk himpunan molekul di mana sifat termodinamiknya boleh dikira atau mekanik molekul berasaskan teori Newton (Newtonian mechanics)

    Setelah hampir 80 tahun ia berkembang, pelbagai perisian canggih dan mudah guna terbit daripada aktiviti ini termasuklah, Gaussian, Amber, MOPAC, GROMOS dan sebagainya.Secara umum kimia komputasional melibatkan penggunaan teknik menghitung dan numerik untuk menyelesaikan masalah kimia yang kompleks dan besar (dari segi saiz molekulnya) dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi.

   Perkembangan kimia komputasional bukan sahaja mengambil kesempatan daripada perkembangan pesat dalam kuasa komputer (cip cpu), media simpanan (disk space), hubungan dan komunikasi (interconnectivity)termasuk perhitungan selari (parallel computing) dan teknologi GRID, tetapi juga daripada perkembangan dalam algoritma komputer dan teknik numerik seperti algoritma genetik. Cara kedua pemahaman ini diperoleh adalah daripada kaedah data extrapolasi dan interpolasi dari himpunan maklumat tersedia ada yang ekstensif (atau lebih tepat data-mining) tentang sifat-sifat molekul, iaitu struktur kimia atau sifat fizik termasukkelakuannya (properties). Iaitu daripada maklumat terhimpun kita terbitkan maklumat baru yang lain. Kini himpunan maklumat kimia terdapat dalam pelbagai pangkalan data kimia untuk pelbagai kegunaan. Contohnya sesetengah pangkalan data kimia berkebolehan mengaitkan pelbagai sifat fizik dengan struktur molekul, kita boleh membuat ramalan terhadap sesuatu kelakuan molekul yang baru.

   Kaedah ini lebih dikenali dengan panggilan Quantitative Structure Property Relationship (QSPR). ChemInformatics merangkumi penghitungan kimia, data simpanan dan sistem retrieval, menjana satu bidang ilmunya tersendiri dan khusus dengan menggunakan komputer untuk menerbitkan informasi yang mengandungi maklumat daripada eksperimen terhadap struktur, sifat (properties) dan tindak balas bahan kimia. Melalui ChemInformatiks ramalan terhadap kelakuan molekul boleh dibuat. Maka ia sangat berguna terutama apabila maklumat tidak boleh diperoleh dari eksperimen atau terlalu sukar kerana keadaan memperolehnya tidak boleh dicapai.

Catatan:// Tulisan ini pernah muncul di Utusan Malaysia. Pihak MajalahSains.Com mengambil inisiatif untuk memuatkan semula rencana ini dengan persetujuan Prof Rauzah melalui emel.

Fakulti Pengajian Maritim & Sains Marin


Pengenalan
Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin adalah fakulti yang ke-4 di UMT. Ia telah ditubuhkan pada 15 Jun, 2006. Penubuhan fakulti ini bertujuan untuk memberi latihan akademik dan professional kepada pelajar-pelajar sebagai memenuhi keperluan menyediakan lebih ramai tenaga professional dalam bidang Maritim dan Sains Marin untuk keperluan negara. Program-program pengajian yang ditawarkan oleh fakulti meliputi bidang pengajian kepada persekitaran, sifat-sifat fizikal dan kimia laut, pengurusan perkapalan, pengurusan pelabuhan, perundangan dan perniagaan dalam industri maritim, penggunaan teknologi maritim, proses dalam teknologi maritim dan sains nautika. Penawaran program-program ini adalah selaras dengan matlamat UMT untuk menyediakan kepakaran dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam. Fakulti juga berhasrat menjadi pusat kecemerlangan bagi penyelidikan berkaitan pengurusan maritim dan sains marin. Justeru, fakulti menyediakan prasarana dan lain-lain kemudahan kepada kakitangan akademik dan pelajar siswazah untuk membuat penyelidikan, serta memberi khidmat nasihat dan perundingan.

 Fungsi
·         Menyediakan tenaga kerja terlatih di peringkat pengajian ijazah pertama dan ijazah lanjutan dalam bidang yang berkaitan.
·         Sebagai sebuah institusi lepasan ijazah, latihan dan kursus‘refresher’ untuk pengurus dan pegawai yang sedang berkhidmat dalam industri maritim bagi membangunkan dan meningkatkan kemahiran ikhtisas.
·         Sebagai pusat pengajian dan sumber maklumat maritim dalam aspek komersial, ekonomi dan teknologi.  Hasil kajian ini dapat digunakan untuk menjanakan dana tambahan melalui khidmat perundingan dan pengembangan yang ditawarkan kepada syarikat swasta dan institusi maritim serantau.
·         Menyediakan khidmat perundingan bagi agensi kerajaan dan swasta mengenai kajian maritim dan sains nautika.

 Maklumat Jabatan
·         Jabatan Pengurusan Maritim
·         Jabatan Sains Marin
·         Jabatan Teknologi Maritim
·         Jabatan Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim

Alamat
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu 
Terengganu, MALAYSIA
 Tel :
+609-6683506 (Pejabat Dekan)
+609-6683516 (Pejabat Timbalan Dekan)
+609-6683120 (Pejabat Timbalan Dekan)
+609-6683553 (Penolong Pendaftar)
+609-6683149 (Pejabat Am)

Faks : +609-6683193 

Pengenalan
Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) ditawarkan oleh Jabatan Teknologi Maritim di bawah Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM). FMSM adalah salah satu fakulti baru di UMT dimana ia telah ditubuhkan pada 15 Jun 2006. Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dari segi teori dan aplikasinya dalam bidang teknologi maritim.
Fungsi
·         Menawarkan program Ijazah Sarjana Sains Gunaan (Teknologi Maritim) yang memfokuskan bidang pengajian teknologi maritim kepada penggunaan teknologi, proses dalam teknologi dan sistem dalam teknologi yang digunakan di perairan.
Program yang ditawarkan
1.  Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
Keterangan Program
1. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
Bidang Teknologi Maritim merupakan bidang yang menfokuskan pengajian kepada penggunaan teknologi, proses dalam teknologi dan sistem dalam teknologi yang digunakan dalam operasi maritim. Program ini dirangka khas untuk melahirkan graduan yang akan menjadi input tenaga mahir yang utama kepada syarikat dan agensi kerajaan dalam industri maritim.
Kelayakan Masuk
a)         Syarat Am Kemasukan Universiti
1.  Lulus SPM/setaraf dengan baik.
2.  Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf.
3.  Mengambil Malaysian University English Test (MUET).
4.  Lulus dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Pengajian Am/Kertas Am, dan Gred C dalam dua (2) mata pelajaran lain.
atau
Mempunyai kelulusan Diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
atau
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
b)         Syarat Khas Program
a) Kelayakan Minimum Calon STPM
i.          Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran matematik atau fizik pada peringkat STPM.
ii.          Kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM atau Gred C (NGMP 2.00) dalam Matematik di peringkat STPM.
1.  Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
b)         Kelayakan Setaraf
Matrikulasi atau diploma dalam bidang yang sesuai dari institusi yang diiktiraf.
Alamat
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

Jabatan Teknologi Maritim

Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA
Tel   : +609-6683149
Faks: +609-6683193
laman web: jtm.umt.edu.my/




1.  8th Conference On Marine Technology (MARTEC) will be held in University Malaysia Terengganu, Malaysia on 22-24 OCT 2012 , Organized by Faculty of Marine Science and Maritime Studies, UMT.New!!!
The 8th International Conference on Marine Technology (MARTEC) organizer is currently inviting researchers from research institutes and industries in maritime area in general to share and exchange the knowledge and achievements for future collaborations. The topics cover are not limited to:
  Maritime Technology:
  -Naval Architecture   
-Marine Engineering
-Shipbuilding and Ship Repair  Technology
-Dredging Technology
-Ship Resistance and Propulsion
-Port and Harbor Engineering
-Sea keeping and Maneuvering
-Computational Fluid Dynamics
-Marine Structure and Materials
-CAD/CAM/CAE
-Marine Hydrodynamics
-Fluid Mechanics and Heat Transfer
-Coastal and Ocean Engineering
-Renewable Energy
-Underwater Ocean Technology
Marine Sciences:
-Marine Science and Environment
-Ballast Water
-Physical, Chemical, Biological, Geological Oceanography
-Satellite Oceanography
-Marine Pollution
Maritime Management:
-Maritime Logistics and  Transportation
-Marine Enterprise and Management
-ICT and Supply Chain Management
-Shipping Management
-Maritime Law and Regulation
-Ship Safety and Environmental Protection
-Maritime Policies and Management
-Port and Harbor
-Shipping Economics
Nautical Sciences:
-Nautical Studies and Maritime Transport
-Risk Management
-Maritime Education and Training
-Maritime Security
-Navigation, Maritime Safety, Simulation
-Ship Safety and Environmental Protection


Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Seman bin Jamil, Lot xxxxxx, Kg Pulau Kerengga, 21600 Marang, Terengganu En. ...