Showing posts with label Syarahan. Show all posts
Showing posts with label Syarahan. Show all posts

Tuesday, 15 September 2015

Teks Syarahan (Hidayah Sumber Kebahagiaan)

HIDAYAH SUMBER KEBAHAGIAN

 Yang saya hormati guru pendidikan agama islam Ustazah Nik Maizatul Akmalina Binti Nik Abdul Majid,ketua dan penolong kelas,jawatan-jawatan kuasa yang lain dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian.Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Pada hari yang mulia ini izinkan saya menyanpaikan syarahan yang bertajuk Hidayah Sumber Kebahagian.Hidayah dan rahmat allah S.W.T itulah kata kunci pertama saya.Apa yang dimaksudkan dengan hidayah?hidayah ialah petunjuk dan bimbingan allah S.W.T terhadap umatnya untuk beriman dan memantuhi perintahnya,manakala rahmat pula ialah semua kebaikan yang Allah S.W.T kurniakan kepada manusia sama ada berbentuk fizikal atau rohani.Marilah kita semua fahami surah al-imran ayat 8
(ayat hafazan)
 Yang membawa maksud “wahai tuhan kami!janganlah engkau pesongkan hati kami sesudah engkau memberi petunjuk kepada kami’dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu.Sesungguhnya engkau maha pemberi kurnia.

Rakan-rakan saya kasihi sekalian,

 Cara memperoiehi dan mengekalkan hidayah allah s.w.t itulah kata  kunci saya yang kedua .Bagaimana caranya kita menyekaikan hidayah allah ? sebenarnya kita boleh menuntut ilmu pengetahuan dengan tekun dan ikhlas.Selain itu, Kita juga mestilah bersyukur atas nikmat kurniaan allah S.W.T  dengan menggunakan cara yang terbaik sekali.

Rakan-rakan yang saya hormati sekalian

 Kata kunci saya yang terakhir pada hari ini ialah perbezaan orang yang mendapat hidayah dan orang yang tidak mendapat hidayah allah S.W.T.Orang yang mendapat hidayah allah contohnya.Pertama mendapat ketenangan hati dan bersyukur atas nikmat allah S.W.T,kedua,bijaksana menyusun dan melaksanakan sesuatu perancangan dan yang ketiganya ialah berfikiran terbuka dan berpandangan jauh manakala oran yang tidak mendapat hidayah allah pula ialah pertama berputus asa menhadapi kegagalan dan kesusahan hidup yang kedua tegopoh-gapah bertindak dan melakukan sesuatu dan yang terakhir ialah berfikiran sempit dan negative serta pasif.Pengajaran yang boleh kita dapati ialah doa amat penting untuk mendapat hidayah allah dan setiap muslim dan muslimah bertanggungjawab memelihara akidah supaya tidak terpesong.


Sekian wabillahitaufik wahidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatu

Teks Syarahan (Keunggulan Keluarga Pencetus Minda Kelas Pertama)

KEUNGGULAN KELUARGA PENCETUS MINDA KELAS PERTAMA
(Bismillahirahmanirahim) alhamdulillahirabbilalamin wassolaatuwassalamu alaasyraafi ambiyaal walmursalin waalaaalihi wasohbihiajimain
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis,yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,para guru,peserta dan hadirin-hadirat yang saya hormati sekalian.assalamualaikum W.M.T.
Hadirin sekalian
v  Sebelum bibir menyusun kata
v  Sebelum lidah mengatur bicara
v  Izinkan saya mendifinisikan tajuk syarahan saya pada hari ini.
KEUNGGULAN KELUARGA PENCETUS MINDA KELAS PERTAMA
v  Keunggulan ialah kelebihan,keistimewaan dan keutamaan
v  Keluarga ialah siisi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak.
v  Minda ialah akal fikiran dan daya berfikir
Hadirin sekalian

Minda kelas pertama,secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan  yang mampu memenuhi keperluan pembagunan individu,keluarga,masyarakat,Negara dan dunia.Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi,sikap proaktif,kekayaan morality,budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembagunan yang bersifat holistic.Oleh itu,keunggulan keluarga dapat melahirkan individu  yang boleh menjadi pencetus minda kelas pertama.

Hadirin sekalian,

Hujah saya yang  pertama,kehidupan berkeluarga pada manusia wujud apabila lelaki dan perempuan diikat dengan akad menjadi suami dan isteri.hasil akad itu menyebabkan beberapa tanggungjawab bagi pihak suami dan isteri yang mesti ditunaikan.Islam menuntut agar pengikutnya mewujudkan rumahtangga yang cemerlang.Hal ini kerana,kecemerlangan adalah asas kebahagiaan rumahtangga yang mewujudkan keluarga unggul,seterusnya menjadi pencetus minda kelas pertama,sebagaimana firma allah :

Kuanfusakom waahlikum naroo


Hadirin sekalian,menitis hujah saya yang kedua,berdasarkan surah AR-RUM,ayat 21



       Untuk membentuk keluarga unggul keluarga dan rumahtangga yang menenangkan iaitu berlandaskan kepada ketakwaan,kerjasama,saling menyayangi,saying menyayangi dan bertanggungjawab.Konsep takwa kepada allah perlu dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga iaitu taat kepada segala perintah dan menjauhi segala larangan allah.Mereka yang bertakwa diilhamkan allah dengan petunjuk yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi serta lebih daripada itu,takwa juga memurahkan rezeki didunia.


Jelaslah menunjukkan ledakan iman dan takwa yang dijelmakan melalui keunggulan keluarga islam mampu menjadi pencetus minda kelas pertama.

Hadirin,warga dewan sekalian,

Hujah saya yang ketiga ,sebuah keluarga unggul mementingkan ilmu,kisah Syeikh Kadir Jailani,seorang tokoh tasawuf terkenal yang dilahirkan dalam keluarga unggul yang mementingkan ilmu dan takwa dapat dijadikan teladan.Semasa beliau didatangi sekumpulan perompak,beliau bercakap benar mengenai wang yang dimilikinya,menyebabkan perompak itu bertaubat.Kisah ini menunjukkan pembinaan takwa bermula daripada sebuah keluarga unggul.Apabila asas-asasnya ditanam secara onsisten disertai dengancontoh yang baik oleh ibu bapa,maka terhasil insan  seperti Syeikh Abdul Kadir Jailani.

Hadirin yang dikasihi allah sekalian,

Hujah saya yang keempat,keunggulan keluarga juga boleh dilihat daripada pancaran benih cinta antara suami dan isteri yang melahirkan kasih saying sesama keluarga.Keluarga unggul memerlukan anak terdidik dengan sifat kasih sayang penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab.Cara pergaulan yang berasaskan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri pasti mewujudkan suasana yang harmoni lagi mendamaikan dalam keluarga.Suasana seperti ini  memudahkan usaha mendidik anak-anak .Sebagai anak mereka berhad mendapat penjagaan dan kemudahan berterusan daripada ibu bapa.Manakala ibu bapa yang prihatin,penyayang dan penyabar adalah mereka yang tidak pernah berhenti daripada berusaha,berdoa  dan bertawakkal untuk anak-anak.ibu bapa yang unggul dapat memberikan mereka kesedaran minda yang optimum dan kecermelangan imaginasi untuk muncul sebagai orang ternama,terulung dan terhebat pada hari muka.Dengan kata lain,dapat mencetuskan minda kelas pertama.



Hadirin sekalian bermasyarakat,keluarga unggul

Hujah saya yang terakhir,ketenangan perlu diwujudkan dalam kehidupan juga dapat di kongsi bersama jiran.Sikap dan amalan negatif seperti mengumpat,hasad dengki,menyakiti hati jiran,menabur fitnah,mementingkan diri sendiri dan antisocial tidak ada dalam kamus sebuah keluarga unggul.Secara umummnya institusi keluarga adalah unit masyarakat yang paling kecil menjadi titik tolak kearah pembentukkan sebuah masyarakat yang lebih besar,seterusnya membentuk sebuah Negara.Personaliti dan daya intelek anak-anak dibentuk dari rumah oleh ibu bapa.Apa yang dilihat dan didengar anak dirumah akan dapat memberi kesan kepada emosi anak.

Jelaslah hadirin sekalian ,keunggulan keluarga pencetus minda kelas pertama.

Sekian .Wabillahi taufik wahidayah wassalamu alaikum warahmatullahi 

Teks Pertandingan Pidato (Keharmonian Keluarga Penentu Kecemerlangan Insan)

TAJUK PIDATO
KEHARMONIAN KELUARGA PENENTU KECEMERLANGAN INSAN
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil  berkata, kerajaan akan membantu institusi keluarga untuk berhadapan dengan pelbagai risiko agar institusi keluarga tidak terhakis dan insan cemerlang dapat dilahirkan.”

Bismillahirrahmanirahim…Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Terima kasih Tuan pengerusi Majlis , barisan hakim yang arif  lagi bijaksana pastinya, penjaga masa penghitung detik perjalanan, para guru yang setia menjana ilmu, seterusnya rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Arena Pidato Piala Diraja ini saya warnai dengan sebuah pidato yang bertajuk “Keharmonian Keluarga Penentu Kecemerlangan Insan”. Saudara, menurut kamus dewan frasa keharmonian keluarga bolehlah dinyatakan sebagai  kesesuaian atau kemesraan seisi rumah manakala                                   rangkai kata penentu kecemerlangan insan bolehlah dinyatakan sebagai yang menetapkan ataupun memastikan keelokan makhluk atau manusia.

Saudara dan saudari yang dihormati

Intipati pidato saya yang pertama berasaskan keluaraga harmoni yang menekankan didikan agama dan moral dalam kehidupan seharian akan melahirkan insan cemerlang.  Insan yang terdidik dengan nilai agama dan moral yang mantap akan cemerlang.  Anak-anak perlu dihantar ke kelas-kelas agama ,kelas-kelas fardu ain selain kelas mengaji dan bertaranum. Langkah ini merupakan persediaan awal kepada anak-anak dalam usaha membina  kekuatan rohani yang mantap agar segala cabaran yang mendatang dapat ditempuhi dan diatasi. Kekuatan rohani yang utuh menjadi benteng dan perisai kepada insan agar tidak terpengaruh dengan gejala sosial yang kian meruncing kini. Kekuatan iman mampu menghalang anak-anak daripada terjerumus ke lembah hina sekali gus menjadikan mereka insan yang cemerlang dan dikagumi.  Insitusi keluarga yang menekankan didikan agama dan nilai moral  pastinya tidak akan kecewa dalam melahirkan insan cemerlang. Kata Nik Nur Madihah pelajar  SPM terbaik Malaysia 2008, kejayaan tercipta berkat amalan solat sunat hajat, amalan solat sunat dhuha, amalan berpuasa sunat sunat, amalan berselawat dan amalan berdoa setiap hari.  Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kecemerlangan  seseorang insan adalah berpunca daripada sistem kekeluargaan yang berlandaskan agama

Saudara dan saudari yang dihormati

Lontaran idea kedua, ikatan kukuh dalam institusi keluarga menjana insan yang cemerlang. Keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan seseorang insan. Hubungan yang erat seisi keluarga antara ibu dengan anak, adinda dengan kakanda  akan mempengaruhi kehidupan seseorang.  Tanpa ikatan kasih sayang hubungan menjadi longgar dan tiada kemesraan. Apakah saudara tergamak melihat anak-anak saudara terbiar tanpa belaian kasih sayang? Andai kata benar, kita boleh melihat sendiri  anak muda hidup merempat , berpakaian compang-camping , terbiar dan berpeleseran.  Ada kajian yang dibuat yang menunjukkan bahawa dalam hubungan kekeluargaan terdapat peningkatan peratusan anak remaja yang merasakan mereka tidak dihargai dan diberi perhatian. Sudah terang lagi bersuluh jika ikatan padu sesama keluarga dibentuk tidak mungkin ada insan yang hidup keseorangan . Ikatan kukuh dalam  kerabat keluarga menjadi penentu kecemerlangan insan apabila sikap kekitaan dapat dipupuk. Hidup bahagia sekeluarga, rasa selamat dengan kemesraan dan kasih sayang lebih dari tempat lain menyebabkan anak-anak tidak akan mudah dipengaruhi anasir luar  dan rakan sebaya kerana mereka selesa dikelilingi sanak saudara.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Indikator pidato saya yang ketiga berasaskan suasana rumah tangga yang harmonis melahirkan pesekitaran yang kondusif. Keluarga harmoni dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa perlu  serius terhadap pencapaian  anak-anak bermula daripada tadika sehinggalah mereka berupaya menjejak kaki ke puncak gading. Suasana belajar yang kondusif di rumah menaikkan lagi semangat anak-anak mencipta kejayaan .  Sokongan berterusan daripada ayahahda dan bonda, nasihat daripada abang dan kakak,  pastinya membuahkan kecemerlangan.. Cuba kita  bayangkan jika anak-anak yang ingin mengulang kaji pelajaran terganggu dengan suara tinggi ibu bapa yang bergaduh, bayangkan saudara? pastinya jiwa anak-anak akan terseksa dan menghakis minat untuk belajar dan  rumah  tidak lagi berfungsi sebagai “rumahku syurgaku”.  Fakta mencatatkan sejak 2003 hingga sekarang, 16,020 remaja bawah umur 17 tahun lari dari rumah. . Menurut statistik Polis Diraja Malaysia , 2,540 kes remaja keluar rumah kerana mengikut teman lelaki, 1,857 lari kerana terpengaruh rakan, 1,592 kerana masalah serta konflik dalam keluarga..  Ayuh semua kita bina Rumahku Syurgaku untuk menjana kecemerlangan insan.

 Saudara dan saudari yang dihormati,


Lontaran idea keempat, anak-anak ibarat sehelai kain putih dan ibu bapalah pencoraknya.  Dalam usaha  melahirkan insan cemerlang, insan yang berguna, ibu bapa perlulah membuka mata bahawa merekalah yang akan menjadi role model atau super hero yang dijadikan idola kepada anak-anak..Anak-anak  sentiasa memerhatikan gerak geri dan perlakuan orang tuanya terutama ketika berada di rumah..Oleh itu, ibu bapa perlu bijak dengan menunjukkan tingkah laku yang sopan bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.    Tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang, tanya sama anak bagaimana boleh cemerlang, nanti jawab anak, ibu bapa dijadikan pedoman.

Konklusinya , ibu bapa haruslah mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk membina siatem keluarga yang mantap dan penyayang berlandaskan nilai agama dan moral. Kejayaan kecemerlangan kegemilangan seseorang insan terletak kepada kebahagiaan sesebuah institusi keluarga.


Dengan ini saya akhiri pidato ini dengan ungkapan keharmonian keluarga penentu kecemerlangan insan.

Sekian, Terima kasih. Pemidato bestari mohon permisi.





Pidato Pilihan (Pusingan Tajuk Bebas)


1. TAJUK: MALAYSIA MAKMUR NEGARA GEMILANG


Malaysia makmur bolehlah diertikan sebagai sebuah negara yang aman sentosa dan negara gemilang bolehlah diertikan sebagai negara yang cemerlang dan ternama.

Lontaran idea pertama berasaskan rakyat bersatu padu menjamin kegemilangan negara. Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan pelbagai agama.  Sikap rakyat yang saling bertolak ansur dan bekerjasama dapat menjamin kemakmuran negara.  Konsep satu Malaysia yang diterajui perdana menteri Malaysia memberi gambaran jelas kesepakatan rakyat dalam memastikan Malaysia sentiasa aman  makmur dan bahagia. Sebagai contoh, slogan satu Malaysia membasmi dadah memberi gambaran jelas kesepakatan rakyat Malaysia dalam menghapuskan musuh utama negara.

Lontaran idea kedua ialah kemakmuran malaysia meningkatkan ekonomi negara.  Keadaan Malaysia yang aman damai menarik minta pelabur asing untuk melabur di Malaysia.  Kehadiran pelancong asing dari segenap ceruk dunia tidak pernah putus dan sentiasa meningkat setiap tahun didorong oleh keadaan negara kita yang aman dan makmur. Ekonomi negara pastinya bercambah dengan kemasukan pelabur dan pelancong asing sekaligus menaikkan nama negara di mata dunia.  Nilai ringgit yang sentiasa ditutup tinggi membuktikan kehebatan pemimpin kita dalam mentadbir negara ke arah kegemilangan.

Ayuh semua rakyat Malaysia kita bersama makmurkan negara tercinta ini agar nama Malaysia terus gemilang dan gah di mata dunia. Kita sepakat satu bangsa, satu negara satu Malysia.



2. TAJUK:  PROGRAM  KHIDMAT NEGARA MEMBINA JATI DIRI REMAJA

Pendahuluan

Selaras dengan wawasan 2020 , program latihan khidmat negara (PLKN) telah diadakan dalam tempoh tiga bulan mulai tahun 2004. Remaja lelaki dan perempuan berusia 18 tahun diwajibkan menyertainya dengan harapan dapat melahirkan generasi muda yang matang dan cinta akan negara. 

Lontaran idea pertama berasaskan program kidmat negara membina jari diri remaja yang cinta akan negara.  Melalui program ini generasi muda yang bersemangat patriotik berjaya dilahirkan.  Para peserta yang  berlainan agama dan keturunan akan menikmati suasana hidup bersama, saling memahami dan bertolak ansur. Sebagai contoh mereka berkongsi bilik tidur,kantin, bilik mandi dan sebagainya.  Dengan ini silaraturahin yang erat dapat dibentuk dan sikap toleransi dapat dipupuk. Maka segala perselisihan faham dan sengketa dapat dielakkan.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Lontaran idea kedua berasaskan program khidmat negara dapat membentuk disiplin diri dan sahsiah yang tinggi.  Program ini melatih peserta mematuhi peraturan dan menepati masa dan janji .Contohnya, bangun waktu dini hari  agar tidak terlewat untuk senaman pagi. Melalui modul fizikal seperti aktiviti sukan lasak dan kawad kaki akan melatih pelajar berdisiplin dan bekerjasama selain berbadan cergas , berotak cerdas dan mempunyai jati diri.

PLKN merupakan acuan untuk memupuk remaja yang berakhlak mulia, berdisiplin, berjiwa patriotik sekaligus membina jati diri remaja


3. TAJUK : JATI DIRI MEREALISASIKAN WAWASAN


Jati diri adalah elemen yang mendasari citra dan imej sesebuah bangsa. Merangkumi adat, agama, bahasa dan budaya. Ibarat rumah dengan 4 tiang yang kukuh, bayangkan apa yang bakal terjadi jika salah satu tiang ditumbangkan?
Tepat pada masanya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melaungkan konsep “Satu Malaysia”. Konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup dinegara ini saling berkongsi satu wawasan, matlamat, impian tanpa mengira fahaman agama, ideologi politik, taraf kedudukan, kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian Negara secara berterusan

Lontaran idea pertama jati diri membentuk semangat kental berusaha. Seseorang yang mempunyai jati diri serta bersemangat waja tidak akan jemu berusaha. Usaha yang berterusan dalam apa-apa sahaja perkara yang dilakukan akan membuahkan hasil bak kata pepatah tiada kejayaan tanpa usaha. Lihat sahaja kehebatan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang kini bergelar pemain nombor satu dunia, adalah  kerana usaha yang berterusan dan tidak mudah menyerah kalah. Walaupun pernah kecundang tetapi semangat kental terus berjuang akhirnya membuahkan kejayaa.  Tuntasnya impian pasti tercapai jika seseorang itu mempunyai jati diri.

Lontaran idea kedua jati diri pemangkin kecemerlangan dengan memupuk nilai tanggungjawab dalam diri. Nilai tanggungjawab yang tertanam dalam setiap insan penting dalam usaha mencapai wawasan hidup. Seorang anak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapanya dan setiap ibu bapa ada tanggungjawab terhadap anak-anaknya.  Hasrat dan impian ibu bapa pastinya tertunai jika anak-anak mempunyai nilai tanggungjawab untuk merealisasi kehendak ibu bapa mereka.

Jelaslah jati diri penting dan menjadi tunjang utama dalam merealisasii wawasan.



4. TAJUK : RAKYAT BERILMU NEGARA CEMERLANG


Orang-orang yang berilmu pengetahuan sememangnya tidak sama dengan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan. Mereka adalah orang-orang yang menjadi harapan kepada sesuatu keluarga, kelompok masyarakat dan seterusnya negara. Merekalah menjadi pembimbing, pentadbir, pemimpin, pelindung dan tempat rujukan orang awam. Kalaulah sesuatu keluarga atau masyarakat atau bangsa itu tidak mempunyai orang-orang yang berilmu maka kedudukan mereka akan menjadi pincang dan tidak maju.

Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan adalah satu perkara yang sangat penting dalam membentuk kehidupan yang bahagia  dan melahirkan negara cemerlang. Maka sebab itulah ia menjadi satu perintah yang wajib bagi setiap orang mencarinya. Saiyyidina Ali r.a. pernah berpesan:
Ketahuilah bahawa ilmu pengetahuan adalah lebih baik daripada harta benda, sebab ilmu pengetahuan dapat menjaga dirimu, sedangkan harta benda engkaulah yang harus menjaganya. Ilmu pengetahuan adalah pihak yang berkuasa, sedangkan harta benda adalah pihak yang dikuasai. Harta benda akan berkurangan jika dibelanjakan, sedangkan ilmu pengetahuan akan bertambah-tambah jika diberikan kepada orang lain.'

Ilmu pengetahuan adalah aset utama dalam kehidupan. Oleh itu insan berkualiti tidak boleh tidak, mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Gabungan kesemua aspek melahirkan insan berkualiti yang mempunyai semangat, impian dan matlamat ke arah kecemerlangan bukan sahaja untuk diri sendiri malah keluarga, bangsa dan negara.

Kecemerlangan negara boleh dilihat dengan kejayaan rakyatnya yang mampu membawa negara ke mata dunia. Kejayaan itu merangkumi plbagai bidang sama ada pendidikan, perniagaan, pembangunan, teknologi dan sukan. Selain rakyatnya, pemimpin juga merupakan aset utama kecemerlangan negara.
Mereka bangga melakukan apa saja untuk kemajuan diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Jika mereka berkhidmat sebagai petani, mereka berusaha untuk menjadi petani yang berdaya maju dengan menggunakan pelbagai pengetahuan dan teknologi moden untuk mempertingkatkan produktiviti. Jika mereka berkerja sebagai guru, mereka berfungsi sebaiknya menjadi peneroka dan pengajar ilmu yang terbaik dan cemerlang. Kualiti rakyat yang tinggi ini hanya terjadi menerusi amalan dan etika kerja yang baik, ilmu yang tinggi serta pendekatan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.


5. TAJUK: MENANGANI GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka.. Ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Peranan sekolah sebagai institusi pendidikan  juga penting dalam mengatasi gejala sosial dalam kalangan remaja.  Pendekatan akademik ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.  Masa senggang dapat dimanfaatkan dengan aktiviti perkhemahan , kawad kaki dan sebagainya.  Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.



6. TAJUK : AKHLAK MULIA MENJANA KECEMERLANGAN NEGARA

 Sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W  telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kepada umatnya.sebagaimana sabda Rasulullah:
            “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

    Kemuliaan akhlak adalah faktor penting untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan umat. Kempen “Budi bahasa budaya kita” adalah satu langkah yang sangat bijak dan perlu diteruskan.Oleh itu marilah kita merubah akhlak mazmumah kepada akhlak mahmudah.

Lontaran idea pertama, untuk mewujudkan ummah yang gemilang, kita seharusnya bersatu padu. Sesungguhnya tanpa perpaduan, kita tidak mampu untuk membina kestabilan dan kekuatan  dan  seterusnya tidak wujud keadaan yang aman dan harmoni.Ketika beberapa Negara Islam berada dalam  peperangan dan kucar kacir,  kita masih dalam keadaan yang aman dan selesa.Justeru  untuk mewujudkan perpaduan antara satu sama lain, kita  sewajarnya  tidak mengira budaya, agama, dan darjat agar mengukuh perpaduan untuk membentuk kekuatan bangsa. Menerusi perpaduan, umat Islam akan dapat mengahadapi segala cabaran yang timbul.

   .Lontaran idea kedua ialah telah menjadi tanggungjawab kita untuk menyuburkan kasih sayang kerana perasaan itu adalah faktor penting untuk membina kemajuan umat dan negara. .Sebaliknya bangsa yang berpecah belah akan menjadi mangsa yang lemah dan mundur untuk mencapai kegemilangan dalam kehidupan. Oleh itu renung-renung, bermuhasabah dan berhijrahlah ke arah kehidupan yang lebih baik. Nilai kasih sayang  yang dipupuk dalam diri rakyat jelata akan memastikan kecemerlangan negara.



7. TAJUK: MALAYSIA MAKMUR NEGARA GEMILANG

   Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.  Melayu, Cina dan India masing-masing membentuk 59%, 32% dan 8%, iaitu 99% daripada jumlah penduduk. 1% penduduk yang lain termasuk Kadazan, Iban,  dan  yang lain. Kesemua kaum hidup harmoni sungguhpun mempunyai kepercayaan, kebudayaan dan latar belakang sejarah yang berbeza. Mereka telah bersama-sama membentuk sebuah negara yang bersatu dan makmur.

        Pada 31 Ogos 1957, sebuah negara baru yang terdiri daripada pelbagai kaum telah merdeka daripada kuasa Imperialisme Barat. Kemerdekaan ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan wira-wira kita, segala rintangan dan halangan telah kita tempuh dengan hati yang tabah demi satu tujuan, iaitu mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur .   Setelah melalui 50 tahun kemerdekaan, segala pengalaman masam mahupun manis dijadikan kenangan. Apabila kita merenung balik detik-detik gempar di dalam sejarah Malaysia, syukurlah kita sekarang dapat menikmati keamanan dan kemakmuran hasil perjuangan tokoh-tokoh kita.

    Pertama, Malaysia makmur  kian terkenal di mata dunia, segala yang disangka sukar dilakukan telah kita jayakan dengan cemerlang. Ekonomi yang stabil, rakyat yang hidup aman dan bertolak ansur, rekod sukan yang cemerlang serta imej antarabangsa yang dihormati.     Rakyat Malaysia sedang menikmati hidup yang aman, bertaraf dan terus berkembang. Kita sedar bahawa sebuah negara yang makmur dan aman memerlukan rakyat yang cinta akan keharmonian dan rajin serta saling memahami untuk maju ke hadapan. Di bawah sistem demokrasi, rakyat Malaysia tekun dan berani mencuba sesuatu yang baru. Kita percaya bahawa Malaysia Boleh! Walau bagaimana pun, rakyat menolak segala ideologi dan tindakan yang radikal yang mengancam keamanan dan kedaulatan Malaysia.

   Kedua , Melalui sistem ekonomi yang baru dan pelbagai rancangan pembangunan, Malaysia mempunyai masa hadapan yang cerah ke arah wawasan 2020. Kejayaan yang dikecapi selama ini yang dibanggakan harus kita pertahankan. Rakyat Malaysia perlu berganding bahu dengan kerajaan untuk membawa Malaysia ke arah kecemerlangan. Ekonomi yang mantap sama diteguhkan supaya kenikmatannya dapat dikongsi bersama.



Akhirulkalam,

Negara kita tanggungjawab bersama

Teks Pertandingan Pidato (Kepentingan Hidup Berjimat)

KEPENTINGAN HIDUP BERJIMAT

        Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi majlis,Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang setia dengan waktunya,para peserta,hadirin dan hadirat sekalian,Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

       Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “KEPENTINGAN HIDUP BERJIMAT “.Mengikut kamus dewan edisi    ke-3,berjimat membawa maksud tidak boros dalam berbelanja.Sifat ini perlu ada dalam diri setiap orang.

       Hadirin dan hadirat sekalian,

       Pidato saya diteruskan dengan kata kunci yang pertama,dapat mengatasi masalah ketika susah.Berjimat sebenarnya dapat mengatasi masalah ketika berada dalam kesusahan,Hal ini kerana,hari ini kita bersenang,kita bpleh bergembira dan hidup dalam keadaan yang selesa.Hari esok jika kita kesusahan,dengan wang yang ada,bolehlah kita menyelesaikan masalah yang dihadapi.Seperti yang kita maklum sejak akhir-akhir ini kos pembelajaran semakin meningkat.Kini untuk memiliki segulung ijazah yang pertama,30 ribu ringgit terpaksadikeluarkan.Pada waktu yang akan dating jika kita tidak bersedia dengan wang yang banyak,kita tidak boleh belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

       Hadirin dan hadirat sekalian,

      Berjimat bermakna mengajar kita hidup menabung,itulah kata kunci yang seterusnya,biasannya wang yang kita miliki akan kita simpan di bank.Selain daripada simpanan  boleh memperolehi dividen,wang kita juga boleh digunakan oleh kerajaan  dalam membiayai projek pembagunan Negara.Berjimat sebenarnya selaras dengan kehendak agama.Agama melarang kita bersikap boros yang membawa kepada kepapaan.Dengan wang ada,kita boleh membantu diri,keluarga,masyarakat dan Negara pada bila-bila masa sahaja.

      Akhir kata daripada saya “KEPENTINGAN HIDUP BERJIMAT,”akan menjadi reality dengan kerjasama kita semua.Saya harap pidato  saya ini akan menjadikan anda semua otak cair.Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun

Dari mana hendak ke mana,

Tinggi rumput dari padi,

Hari mana bulan yang mana;

Dapat kita bertemu lagi.


Sekian wabilahitaufik wahidah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatoh

Teks Pertandingan Pidato (Negeri Bersih Rakyat Sihat)

NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT
   Yang dihormati,barisan penal hakim yang arif lagi adil penjaga masa yang setia dengan waktunya,guru-guru dan hadirin sekalian.Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “negeri bersih rakyat sihat.”Sebagai seorang yang bertanggungjawab,kita mestilah menjaga negara kita supaya hidup kita sendiri sihat.bagaimana caranya,?pertama kita mestilah menjaga kuantiti udara.Kita sentiasa mempunyai peluang untuk menyumbang ke arah kuantiti udara yang lebih baik.Pencemaran udara perlu dibendung segera.Tindakan individu sahaja tidak  mencukupi,kerjasama semua orang adalah perlu untuk membaiki kuantiti udara dan melaksanakan amalan hidup yang sihat sekaligus mengurangkan pencemaran.Kita mungkin bertanya apa yang boleh di sumbangkan?sebenarnya kita boleh berkongsi kereta ke tempat kerja,menggunakan kereta tanpa plumbum dan membasmi amalan merokok.Kita boleh mengindahkan kawasan rumah kita dengan menanam pokok-pokok bunga Kehadiran bahan pencerma dalam kuantiti yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan manusia seperti karbon dioksida dan (CFC) iaitu Cloro Floro Carbon.Sekurang-kurangnya dengan menanam pokok-pokok bunga ,kita dapat membantu mengurangkan bahan pencemaran ini dan meningkatkan kuantiti oksigen
                                         Hadirin Sekalian,
“Pidato saya diteruskan dengan kata kunci yang kedua.”Jagalah sumber air Negara kita.Bekalan air yang bersih dapat menjamin kesihatan rakyat yang baik.Air merupakan keperluan utama untuk hidup.Sebahagian besar kandungan badan kita adalah air,begitu juga air meliputi 71% permukaan bumi.Bayangkan sekiranya sumber air yang ada tercemar,kandungan oksigen dalam air susut,bukan sahaja manusia akan sakit,bahkan ikan dan hidupan akuatik akan mati.Banyak punca yang membawa kepada pencemaran sumber air,antaranya kubahan dan najis ternakan yang disalurkan terus ke dalam sungai.Bahan kimia organik seperti racun perosak,sisa radioaktif daripada pengerusahaan kilang,juga sampah-sarap.Semua pencemaran ini tidak berlaku begitu sahaja,tetapi sikap manusia yang menjadi punca.Justerus,pengurusan sumber air yang baik dan sikap kita perlu berubah berjimat cermat dalam menggunakan air dan kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang dengan berkesan.Kerajaan telah melancarkan kempen yang wajar sejak lama dahulu,seperti”cintailah sungai kita”iaitu sumber utama Negara kita.                                                         

                                        Hadirin yang saya hormati
Negeri bersih rakyat sihat ,tajuk pidato yang ringkas tetapi megundang tanggungjawab daripada kita.Justeru itu,kata kunci pidato saya yang ketiga ialah jangan membuang sampah di merata-rata tempat atau sesuka hati sahaja.Sampah yang berlonggok dan tidak terurus akan menyebabkan pembiakkan bacteria dan didatangi lalat.Pembiakkan lalat boleh menyebabkan makanan yang terdedah tercemar dan mengakibatkan penyakit TAUN.Pelbagai kempen dan usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa untuk menwujudkan persekitaran yang bersih dan indah.Kempen gotong-royong”clean our state.”Kempen atau program seperti ini harus diteruskan.Persekitaran yang kotor akan membawa kepada pelbagai penyakit,sebagai contoh,sekiranya kita hendak membuang sampah,buanglah di tempat yang dikhaskan. 
Hadirin-hadirat yang saya hormati sekalian,
 Pidato saya diteruskan dengan kata kunci yang ke-4,jagalah alam sekitar kita.Alam sekitar yang tidak tercemar boleh menjadi baik kepada kesihatan manusia.Selalunya sikap manusia yang rakus memudari alam sekitar semata-mata untuk mendapatkan wang telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar.Contohnya sikap manusia yang menebang hutan atau pokok-pokok tanpa kawalan,mengondol bukit sesuka hati.Persekitaran hijau yang berkurangan akan mengurangkan proses menyerap karbon dioksida,menjadikan udara kekurangan oksigen dan menjadikan udara lebih panas.Negeri bersih blh wujud daripada alam sekitar yang terpelihara iaitu Negara yang mempunyai tahap udara yang bersih dan sihat.
   Akhir kata daripada saya,Negara bersih akan menjadi reality dengan kerjasama kita semua.Apabila Negara kita bersih,kehidupan kita akan lebih baik dalam aspek kesihatan.Kesihatan yang baik bagi setiap individu adalah penting bagi menjamin dan memastikan Negara terus maju dan berkembang.

                                                   Sekian, terima kasih 

Teks Pertandingan Pidato (Kepentingan Hidup Berjimat)

WAN MUHAMAD QUSYAIRI BIN WAN MAZLAN
4 SERATING 1
KEPENTINGAN HIDUP BERJIMAT
Bismilahirahmanirahim…
Alhamdulillahhirabbilalamin Wassalatul Wassalamuala Asyrafil
Ambiahi Warmursalim Wa’alaaalihi Wasohbihiajmain
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

  Yang Dihormati Cikgu Azizah,guru Bahasa Melayu tingkatan 4 serating 1, rakan-rakan seperjuangan serta hadirin hadirat sekalian.
 
   Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Kepentingan Hidup Berjimat”. Menurut Kamus Dewan berjimat membawa maksud tidak boros dalam berbelanja.Sifat seperti ini perlu ada dalam diri seseorang.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
    Berjimat sebenarnya dapat mengatasi masalah ketika susah.Hari ini kita senang,kita boleh bergembira dan hidup dalam keadaan selesa.hari esok,jika kita susah,dengan wang yang ada,bolehlah menyelesaikan masalah yang dihadapi.
    Seperti kita maklum,sejak akhir-akhir ini kos belajar semakin meningkat.Kini,untuk memiliki ijazah pertama,kita memerlukan sekurang-kurangnya,30 ribu ringgit terpaksa dikeluarkan.Pada waktu kita kelak,jika kita tidak bersedia dengan wang yang banyak,kita tidak boleh belajar ke peringkat yang tinggi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
    Berjimat bermakna mengajar kita hidup menabung.Biasanya,wang yang kita miliki akan kita simpan di bank.Selain daripada simpanan itu boleh memperolehi dividen.Wang kita juga dapat digunakan oleh kerajaan dalam membiayai projek pembangunan Negara.
   Berjimat sebenarnya selaras dengan kehendak agama.Agama melarang kita bersikap boros yang membawa kepapaan.Dengan wang yang ada,kita boleh membantu diri,keluarga,masyarakat,dan agama bila-bila masa sahaja.
 Saya akhiri pidato saya dengan gurindam yang berbunyi,

Berhemah berbelanja menjadi amalan,
Amalan mulia sepanjang zaman.

Bersikap boros amalan setan,
Kita ditegah jadikan ikutan.

Susah sekarang senang kemudian,
Semoga berhemah menjadi amalan.
Permidato Bestari,

Mohon Permisi.

Teks Pertandingan Pidato Piala Diraja (Tun Dr Mahathir Mohamad)

TUN DR.MAHATHIR  BIN MOHAMAD


( SYAIR )

Tersebutlah kisah ,Seorang pemimpin;
Mantan perdana menteri ,Tun Dr. Mahathir.
     Terima kasih diucapakan kepada tuan pengerusi majlis.Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang setia dengan waktunya,para guru,peserta dan hadirin-hadirat sekalian.Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
     Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “TUN DR MAHATHIR MOHAMAD,”iaitu bapa pemodenan Malaysia.Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri Malaysia yang keempat.Pelbagai projek mega yang telah dicadangkan oleh beliau seperti Kuala Lumpur International Airport ( KLIA ),Kuala Lumpur City Centre ( KLCC ) dan Mutimedia Super Coridor ( MSC ).
Hadirin dan hadirat sekalian,
     Pidato saya diteruskan lagi dengan kata kunci yang pertama”latar belakang beliau” Tun Dr. Mahathir dilahirkan  pada 20 Disember 1925,di Seberang Perak,Alor Setar,Kedah.Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik beradik.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Seberang Perak dan kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid,Alor Setar,Kedah.Beliau tamat pelajaran sekolah menengah di peringkat Senior Cambridge.Pada tahun 1948,beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di “King Edward VII,College of Medicine, Universiti Malaya,Singapura.
Hadirin dan hadirat sekalian,
     Pidato sya diteruskan lagi dengan kata kunci yang kedua,”pelibatan awal dalam politik.”Pada tahun 1945,apabila beliau bergerak cergas dalam beberapa kesatuan,antarannya SEBERKAS,Kesatuan Melayu Muda dan akhirnya dalam UMNO.Tun Dr. Mahathir buat pertama kalinya , bertanding dalam pilihan raya umum sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Kota Alor Setar Selatan pada tahun 1964.Selain itu,Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi pada 1972.
Hadirin dan hadirat sekalian ,
     Pidato saya diteruskan lagi dengan kata kunci yang ketiga”Menteri Dalam Pilihan Raya”pada tahun 1974,beliau bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional dan menang tanpa bertanding.Disebabkan oleh kemenangan yang diperolehi,beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak pada 6 Oktober 1974.Oleh sebab itu,tindakan beliau yang pertama ialah melaksanakan akta university dan kolej pada tahun 1974 dengan meletakkan pentadbiran university dibawah Kementerian Pelajaran.
Hadirin sekalian,
     Pidato saya yang seterusnya,dibawah kata kunci yang keempat.”Timbalan Perdana Menteri.”Dengan kembalinya Tun Abdul Razak keRahmatullah pada awal tahun 1976.Tun Hussien Onn yang  menjadi Perdana Menteri Malaysia yang  baru telah melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.Beliau mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pelajaran Malaysia.Dalam rombakan kabinet pada 1 Januari 1978,beliau berubah portfolio dari Menteri Pelajaran kepada Menteri Perdagangan dan perindustrian.
Hadirin sekalian
     Pidato saya  diteruskan lagi dengan kata kunci yang kelima,iaitu”Perdana Menteri Malaysia.”Pada tahun 1981,Tun Dr.Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat berkuatkuasa pada 18 Julai 1981.Tugas pertama Tun Dr.Mahathir Mohamad adalah membersih dan meningkatkan taraf perkhimatan kerajaan dengan melancarkan kempen bersih,cekap dan amanah.Beliau mendorong rakyat untuk “Pandang Ke Timur,” untuk mencapai kemajuan dari segi pendidikan,teknologi serta cara berfikir.Dalam Pilihan Raya Parti 1987,Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalahkan lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993,sekali lagi Tun Dr.Mahathir menang tanpa bertanding sebagai Presiden Parti.
Hadirin dan hadirat sekalian,
     Pada tahun 1996,kerajaan telah mengumumkan pembinaan Bandaraya Pentadbiran Persekutuan Putrajaya yang bernilai 2.6 bilion ringgit.Putrajaya dibina untuk mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam Negara dan seterusnya mewujudkan kerajaan elektonik.Selain itu,semasa pentadbiran beliau juga,Kuala Lumpur City Centre atau (KLCC ) dengan ketinggian 88 tingkat telah dibina yang mana menjadi salah satu bagunan tertinggi di dunia seterusnya sebagai Mercu Tanda Malaysia.
Hadirin dan hadirat sekalian ,
     Pidato saya yang terakhir dibawah kata kunci,”Tu n Dr.Mahathir Bersama UMNO.”Tun Dr.Mahathir menganggotai Kesatuan Pemuda Melayu Kedah.Apabila kesatuan ini dimasukkan dalam UMNO,beliau  turut menjadi ahli UMNO.Dalam Pilihan Raya Umum 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum itu,Tun Dr.Mahathir Mohamad tewas di tangan calon PAS.Beliau seterusnya dipecat dari UMNO kerana perselisihan pendapat denga pucuk pimpinan UMNO.Apabila Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO pada tahun 1972,Tun Dr.Mahathir kembali aktif dalam UMNO.Kekalahan sebelum ini tidak mematahkan semangat beliau malah mempegaruhi beliau untuk lebih aktirf dalam memperjuangkan nasib orang melayu.
   Diantara jasa-jasa beliau yang boleh kita ikuti ialah
Yang pertama dari segi ekonomi
Beliau mempertingkatkan ekonomi Negara dari pertanian kepada perindustrian,selain itu, beliau mempertingkatkan hubungan perdagangandengan kuasa-kuasa besar dan juga Negara-negara dunia ketiga,dan beliau mempertingkatkan hubungan antarabangsa seperti ASEAN,KOMENWEL,OIC dan PBB.
Manakala dari segi social pula ialah beliau mempertingkatkan perpaduan kaum dan yang terakhir dari segi pembelajaran pula ialah beliau menubuhkan pusat-pusat pengajian tinggi seperti universiti IPTA dan IPTS,kolej-kolej dan sekolah-sekolah dan beliau juda ingin menjadikan Malaysia sebagai Hak Pendidikan Antarabangsa.
     Bagi saya Tun Dr.Mahathir Mohamad merupakan pemimpin satu dalam sejuta.Hal ini kerana beliau sangat sukar dicari ganti.Sebelu saya akhiri pidato saya pada hari ini,saya sudahi dengan serangkap pantun
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.

Sekian terima kasih.

Teks Pertandingan Bercerita (Ahli Sihir yang Angkuh)

Ahli Sihir Yang Angkuh
Tersebutlah kisah zaman dahulu kala(syair)
     Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India.Pada suatu hari,datang seorang ahli sihir termasyur di pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu.
    “Wahai  penduduk kampung,saya seorang ahli sihir termuka di India.Adakah sesiapa di antara anda yang berani mencabar saya ? saya boleh melakukan atau menunaikan  apa-apa sahaja yang anda pohon.”
      Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, “  Wahai Tukang Sihir,saya ingin mencabar anda.Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?”
      “Boleh! Mintalah apa-apa sahaja,akan saya kabulkan permintaan anda,”kata Tukang Sihir itu.
       “Baiklah Tukang Sihir,saya akan melakukan sesuatu dengan mata tertutup,tetapi Tukamg Sihir melskukannya dengan mata terbuka,”kata Thenaliraman.
                              “Ha!Ha!Ha!mudahnya permintaan anda,”kata Tukang Sihir itu.
      Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup matanya.Dengan menggunakan tangan kanannya,dia mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke arah matanya.
       “Baiklah tukang sihir,sekarang tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihir dengan melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata terbuka,”kata Thenaliraman.
       Tukang Sihir itu terdiam .Dia tahu dia tidak boleh melakukan seperti yang diminta.Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang bersikap terlalu angkuh.Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan itu.

Sekian terima kasih

Teks Pertandingan Bercerita (Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar Budak Kecil)

Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar Budak Kecil
Tersebutlah kisah zaman dahulu kala(syair)
   Kong Zhi merupakan seorang sasterawan dan tokoh pemikir yang terkenal pada zaman dahulu.Pada suatu hari,Kong Zhi dan anak muridnya pergi ke sesuatu tempat dengan menaiki kereta kuda.Dalam perjalanan,mereka bertemu dengan seorang budak yang berumur 6 tahun.Budak itu sedang bermain di tengah jalan.Anak murid Kong Zhi yang melihat keadaan itu,mengarahkan budak itu  ke tepi.Tetapi budak itu menjawab,”Di sini ada sebuah kota,elok tuan cari jalan lain untuk lalu dari sini.”
           Anak murid Kong Zhi nampak sebuah kota batu yang telah dibina di atas tanah.Anak murid Kong Zhi berasa licu dan berkata,”boleh,dengan satu syarat tuan dapat menyatakan kebenaran.Adakah kota saya  perlu elakkan kereta tuan,atau tuan yang perlu elakkan kota saya? Sejak dahulu lagi,keretalah yang berjalan mengelilingi kota,mana ada kota yang beri laluan kepada kereta!”
        Kong Zhi yang tertarik dengan percakapan budak itu, turun dari kereta kuda dan berkata,” kata-kata kamu memang benar, tetapi kami kesempitan masa. Bolehkah kamu berikan kami laluan?”
        Budak kecil itu pula berkata lagi,” saya dengar tuan seorang yang berpengetahuan luas. Kalau tuan dapat menjawab soalan saya, saya akan beri laluan kepada tuan.”
        Kong zhi bersetuju dengan cadangan itu. Budak kecil menunjukkan ke arah langit dan bertanya,” kita boleh nampak bintang di langit. Berapa banyak bintang di langit?”
         Kong Zhi menjawab,”Tetapi bintang di langit terlalu banyak.Bagaimanakah boleh kita mengiranya?”
         Budak kecil berkata lagi,”Bintang di langit banyak.Matahari pula satu sahaja.Pada waktu pagi matahari menjadi besar tetapi kecil semasa tengah hari.Bolehkah tuan memberitahu saya,bilakah matahari paling dekat dekat dan paling jauh dengan kita?”
      Kong Zhi  terkejut dengan soalan budak kecil itu.Beliau  berfikir sejenak.Kemudian beliau berkata,”saya sangat menyesal.Walaupun saya berpengetahuan tetapi masih tidak cukup.Silalah beri tunjuk ajar kepada saya.”
     Budak kecil melihat Kong Zhi begitu bersopan,dia pun memberi laluan kepada mereka.

       Sejak itu,Kong Zhi mengajar muridnya supaya mengaku jika tahu,dan jangan berpura-pura tahu jika tidak tahu.Kita sepatutnya sepatutnya meminta tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja yang berpengetahuan kerana ilmu tiada batasnya.Itu lah pengajaranya.Saya harap anda dapat mengikuti pengajaran ini.                                            
 Sekian
terima  kasih                                                                                                                                                                                                                                                           

Teks Pertandingan Bercerita (Nakhoda Tanggang

Nakhoda Tanggang
Tersebutlah kisah zaman dahulu kala(syair)
Si Talang dan isterinya Si Deruma tinggal di sebuah kampung yang terpencil.Kehidupan mereka sangat miskin.Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang.Si Tanggang suka memburu dan mendayung sampan.
   Pada suatu hari,dia mendayung sampan hingga ke muara sungai.Nakhoda kapal tertarik hati dengan Si Tanggang lalu menyuruh orang suruhannya menangkap Si Tanggang.Akhirnya Si Tanggang di bawa belayar.Semasa di pelayaran Si Tanggang melakukan semua kerja di atas kapal itu.Kerajinannya telah menambat hati nakhoda lalu megambilnya sebagai anak angkat.Akhirnya nakhoda mengawinkan Si Tanggang dengan anaknya.Kemudian Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru dan digelar sebagai Nakhoda Tanggang.
Pada suatu petang,Nakhoda Tanggang mengarahkan anak kapalnya berlabuh di muara sungai.kebetulan pula tempat Kapal itu berlabuh ialah kampung asal Nakhoda Tanggang.Beberapa orang penduduk kampung ternampak Nakhoda Tanggang lalu memberitahu ibunya.Ibunya segera datang menemui Nakhoda Tanggang kerana dia terlalu merinduinya.Namun begitu,Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku bahawa perempuan tua itu ibunya.Ini kerana keadaan ibunya yang uzur dan miskin.Nakhoda Tanggang telah menghalau ibunya(pergi!!!!pergi!!!)
  Ibunya berasa sedih dan pilu kerana Si Tanggang yang dilahirkan dan disusuinya sudah melukakan hatinya.Dia memandang ke langit sambil mengangat kedua-dua belah tangan dan berseru;”Oh tuhan!Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya”.
   Tiba-tiba petir berdentum.Angin bertiup kencang.Kapal yang sedang berlabuh terumbang-ambing.Keadaan pada masa itu sungguh mencemaskan(takut!!!!!!takut!!!!).Ketika itu Nakhoda Tanggang berasa menyesal.
        Dia insaf bahawa tuhan telah memperkenankan doa ibunya.”Oh,ibu!Ampunkanlah Tanggang ibu!!!!,teriak Nakhoda Tanggang tetapi sudah terlambat.Gelombang yang kuat telah memecahkan kapalnya.Setelah rebut reda ,kapal yang pecah dan anak-anak kapal termasuk Si Tanggang telah bertukar menjadi batu.Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita rakyat ini ialah kita janganlah menderhakahi ibu kita kerana ia telah  melahirkan kita.

 Sekian wabillahi taufik wahidayah wassalamualikum warahmatullahiwbarokatoh

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Seman bin Jamil, Lot xxxxxx, Kg Pulau Kerengga, 21600 Marang, Terengganu En. ...