Tuesday, 15 September 2015

Contoh Minit Mesyuarat

Contoh Minit Mesyuarat Pengawas Sekolah 2012
Tarikh:00 Januari  20_ _
Masa:2.00 petang
Tempat:Bilik Gerakan Pengawas SMKSS
Kehadiran:Semua pengawas
 AGENDA
                              BUTIRAN
TINDAKAN
1.0 Ucapan aluan pengerusi majlis
1.1 Mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kedatangan pengawas disiplin SMKSS
1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat ini dan berharap agar mesyuarat dapat berjalan dengan lancar serta mencapai persetujuan semua pihak demi meningkatkan disiplin sekolah.

2.0 Tugas-tugas pengawas
2.1 Kumpulan pengawas telah diubah menjadi enam  kumpulan.
2.2 Ketua setiap kumpulan perlu membahagikan tugas kepada anak buah meraka.
2.3 Perhimpunan  rasmi pada hari ahad hendaklah dikawal dengan teratur.
2.4 Kumpulan pengawas yang bertugas pada minggu itu hendaklah menolong guru-guru yang bertugas.
2.5 Pengawas perlu mengambil surah yasin pada hari khamis sebelum pukul 7.30 pagi.

3.0 Masalah pengawas
3.1 Pengawas tidak menjalankan tugas dengan baik.
3.2 Pengawas tidak menonjolkan diri dan bercakap dengan pelajar lain.
3.3 Penampilan pengawas tidak mengikut buku peraturan sekolah.
3.4 Pengawas memberi contoh yang tidak baik kepada para pelajar.

4.0 Masalah pelajar
4.1 Membuat bising ketika dalam barisan.
4.2 Lambat bergerak ke tapak perhimpunan setiap pagi.
4.3 Membeli di kantin sekolah bukan pada waktu yang sepatutnya.
4.4 Sering membuang masa dengan melepak di tangga dan tempat-tempat yang tersembunyi.
4.5 Terdapat pelajar yang bercinta berjumpa di tempat yang sunyi di kawasan sekolah.
4.6 Pengawalan pelajar perempuan yang tidak boleh solat tidak terurus.
4.7 Terdapat sebilangan pelajar pulang awal terutamanya apabila kokurikulum dijalankan.
4.8 Ramai pelajar membawa telefon ke sekolah dan bermain telefon ketika guru mengajar di dalam kelas.
4.9 Putung rokok semakin kerap dijumpai di bawah tangga,di belakang bangunan dan tandas.

5.0 Lain-lain hal
5.1 Yuran pengawas perlu dibayar untuk jamuan akhir tahun.
5.2 Pengawas perlu bekerjasama dengan guru membuat pemeriksaan ke atas pelajar dan beg sekolah mereka.
5.3 Pengawas yang tidak boleh solat perlu bertindak mengawal pelajar agar mereka tidak merayau.
5.4 Sebarang masalah  berkaitan tingkah laku pelajar hendaklah diajukan kepada guru disiplin atau guru pengawas.


Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih dan memohon maaf jika terdapat salah dan silap ketika mesyuarat ini berlangsung.Majlis bersurai setelah doa dibacakan.


Yang Menjalankan Tugas                                                         00 Januari 20_ _

(                                                          )
Setiausaha,
Badan Pengawas SMK Seri Serating ,
Marang,Terengganu

No comments:

Post a Comment

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Seman bin Jamil, Lot xxxxxx, Kg Pulau Kerengga, 21600 Marang, Terengganu En. ...