ADIKKU,INA
I
LOVE YOU
!
Ain Kartika,begitulah nama yang papa dan mama
berikan kepadaku.Papa dan mama terpaksa menunggu selama empat tahun untuk
mendapatkanku.Aku ditatang bagai minyak yang penuh kerana aku merupakan anak
tunggal dalam keluarga.Setelah aku
dilahirkan,mama disahkan tidak boleh mengandung lagi kerana terdapat ketumbuhan
di dalam perut dan keadaan itu akan membahayakan nyawa mama.Mama dan papa mencurahkan sepenuh
kasih sayang kepadaku.Aku gembira kerana kasih sayang papa dan mama hanyalah
untukku.Walaupun kadang kala aku berasa bosan tinggal keseorangan,namun aku
tetap bahagia.Kebahagiaanku bagai direntap apabila suatu hari papa menyuarakan
keinginannya.Aku baru pulang dari sekolah.Aku berasa gembira kerana aku telah
dilantik sebagai pengawas sekolah.Aku pasti mama dan papa bangga
denganku.Sebaik sahaja aku pulang dari sekolah,aku melihat papa dan mama sedang
berbincang sesuatu yang penting.Aku baru sahaja hendak membuka mulut tetapi
papa mencelah.
“Ika,papa ada perkara yang penting yang
hendak dibincangkan,”kata papa dengan tenang. “Ada apa,papa ?”soalku,lalu
mengambil tempat di sebelah mama. “Ika tahu yang kami berdua sangat sayang pada
Ika.Kami tidak mahu Ika keseorangan semasa kami bekerja.Jadi kami telah
mengambil keputusan untuk ......,”kata-kata papa terhenti.Mereka saling
berpandangan. “untuk apa papa,mama ?”tanyaku,berdebar.Aku sudah mengagak apa
yang bakal diperkatakan. “Kami sudah berbincang untuk mengambil anak angkat
supaya dia dapt menemani Ika semasa kami tiada,” jelas papa lagi, “Tapi
papa,Ika gembira hidup begini.Ika tidak pernah merungut apabila papa dan mama
bekerja,” kataku.Air mataku mula menitis di pipiku. “Kami telah memikirkan
perkara ini,Ika.Kami tahu Ika boleh menerima keputusan kami,sayang.”pujuk mama.
“Tetapi mengapa mama dan papa tidak berbincang dengan Ika terlebih dahulu
tentang perkara ini.Ika sudah besar.Ika berhak menyuarakan pendapat
Ika,”protesku dengan perasaan marah.Papa dan mama terus terdiam.Keadaan menjadi
semakin tegang.Hanya kedengaran esakanku yang semakin perlahan menjadi kuat.
“Kami berbuat begini ada alasannya,Ika,”kata mama lagi.Aku hanya menggeleng.Aku
berasa seperti dikhianati.Selama ini aku cuba menggembirakan hati kedua-dua
orang tuaku.Aku tidak pernah menyakitkan hati mereka. “Maafkan Ika
papa,mama.Ika tidak mahu menyakiti hati mama dan papa tetapi Ika tetap dengan
pendirian Ika.Ika tidak bersetuju dengan hasrat papa dan mama untuk mengambil
anak angkat,”kataku dengan tegas lalu menuju ke bilikku.Pintu bilik kuhempas
sebagai tanda memprotes keputusan mama dan papa.Aku terdengar suara mama
memujukku dari luar.Aku hanya mendiamkan diri.
Aku merebahkan badanku di atas katil sambil
menangis.Kini,perkara yang paling aku takuti dan tidak mahu ia berlaku akhirnya
akan menganggu kebahagiaan diriku.Sudah banyak cerita yang aku dengar daripada
rakan-rakanku yang mempunyai saudara angkat.Semuanya ingin merampas kasih
sayang keluarga angkat mereka.Aku termenung sambil terbayang wajah saudara
baruku.Jika dia lebih cantik dan bijak,pasti papa dan mama sayang
padanya.Hatiku terasa sakit memikirakan perkara ini,lalu air mataku terus
melinang di pipiku yang putih licin.Aku masih dahagakan kasih sayang mama dan
papa.Aku tidak mahu kasih ini dikongsi bersama orang lain. ‘Tapi Ika,kau harus
ingat.Hidup kau selama ini sudah cukup dengan kebahagiaan dan kenikmatan yang
dikecapi.Jadi,apa salahnya jika kau memberi sedikit ruang kepada insan yang
tidak pernah merasai kasih sayang sebuah keluarga apatah lagi kasih ibu
bapa.Itu jika kau mempunyai hati yang lembut....,”kedengaran satu suara yang
membantah. “TIDAK ! ! perkara ini tidak boleh terjadi.Dia bukannya keluarga
kau.Jangan biarkan ia berlaku,Ika,jangan biarkan,bisik satu suara yang
lain.Papa,mama tolonglah.Jangan biarkan orang lain mengambil hak Ika.Tolonglah
papa,mama..........
“Ika,bangun sayang.Nanti terlewat ke
sekolah,”Aku mencelikkan mataku.Mama berada di sisiku sambil tersenyum.Aku
bingkas bangun tanpa membalas senyuman mama.Semasa mandi,aku memandang
cermin.Mataku bengkak,desis hati kecilku.Ah,biarkan saja ! Biar papa dan mama
tahu aku menangis kerana keputusan mereka.Di dalam kereta,aku hanya membatukan
diri.Papa memandangku beberapa kali tanpa bersuara seperti biasa.Mungkin papa
cuba untuk memulakan perbualan tetapi tidak berjaya.Setiap kali papa ingin
berbicara,aku sengaja menguatkan volume radio.Aku tahu aku tidak
sepatutnya berkelakuan sedemikian tetapi entah mengapa kali ini aku begitu
biadap terhadap papa.Selepas sekolah,aku terus pulang ke rumah.Papa dan mamaku
masih belum pulang.Aku masuk ke bilikku.Perabot di dalamnya sudah bertukar. Dua
katil perseorangan menggantikan katilku yang lama.Dua meja belajar telah
diletakkan di satu sudut bilikku.Di dalam almari juga sudah ada baju yang agak
baru.Baru sahaja aku hendak duduk,terdengar suara seseorang memanggil
namaku.Aku keluar dari bilik.Aku lihat di sisi mama ada seorang gadis yang
sedang memandangku.Dia tersenyum namun
aku tidak membalas. “Ada apa,mama ?” tanyaku,selamba. “Inilah adik ika.Mama
mahu Ika layan Ina seperti adik Ika sendiri,”ucap mama dengan penuh harapan.Aku
terdiam. “Ika,bawa Ina masuk ke bilik.Biarkan dia beristirahat di dalam
bilik.Dia masih penat.Mama akan sediakan hidangan tengah hari.Sekejap lagi,kita
makan,”kata mama lagi.Aku berpusing,lalu menuju ke bilik tanpa sepatah kata
dengan menunjukkan muka yang muram.Aku terdengar papa menyuruh Ina mengekoriku.
“Apa nama kau?” tanyaku dengan kasar. “Ain
Kartina, jawab Ina dengan sopan.” “Itu nama sebenar kau?”soalku lagi, terkejut kerana nama Ina hampir sama dengan
namaku. “Ya,itulah nama Ina,kak...”katanya terhenti. “Kak Ika.Namaku Ain
Kartika.”jawabku dengan ringkas.Mungkin sebab nama itulah papa dan mama
menjadikannya pilihan. “Cantik nama tu.Pandai mama dan papa carikan nama yang
sesuai dengan orangnya,”puji Ina dengan ikhlas. “Aku nak ingatkan kau.Kau masih
tak layak memanggil papa dan mama aku sebagai papa dan mama kau.Panggil saja
mereka pakcik dan makcik.Kau jangan nak pandai nak melebih-lebih.Lagipun kau
orang baru dalam rumah ini.Kau mesti ikut segala peraturan dalam rumah ini.Jika
tidak,kau akan didenda.Faham ??”tanyaku dengan separuh menengking.Ina hanya
mengangguk.Aku sudah mengatur beberapa rancangan untuk membuat Ina berasa tidak
seronok tinggal bersama aku dan keluarga aku.Harapanku semoga Ina meninggalkan
rumah ini dan kembali ke Rumah Bakti Seri Putri.Sebenarnya ikhlas aku
katakan,aku tidak suka berkelakuan sebegini.Tidak pernah terdeti di hati ini
untuk menyakitkan hati orang lain.Tetapi,keadaan dan keinginanku memaksa aku
berkelakuan seperti ini. “Kenapa Kak Ina nampak macam muram saja?”tanya Ina
sambil mengemas baju-bajunya. “Hey,Ina ! Lain kali jangan masuk campur
urusanku.Hidup kita berbeza.Ingat tu?kataku,tegas.Ina yang terpaku seketika
hanya mengangguk.Mungkin dia terkejut dengan kata-kataku.
Hari berganti hari.Ina tetap gambira walau
apa pun yang telah aku lakukan.Papa dan mama perasan tentang perubahan
diriku.Pada suatu pagi,mama terdengar aku menyuruh Ina mengemaskan katilku.Mama
memberitahu papa dan papa telah memanggilku.Aku mengagak tentu ceramah agama
akan bermula. “Ina tu adik Ika.Tak sepatutnya Ika buat dia seperti orang
gaji,”tegas papa.Aku hanya mendiamkan diri. “Betul tu,Ika.Umur kamu berdua pun
tak jauh berbezanya.Ika enam belas tahun dan Ina pula lima belas tahun.Ika
sepatutnya menjaga kebajikan adik Ika,”kata mama,sedikit hampa dengan sikapku.
“Kamu juga tak menjalankan tanggungjawab kamu sebagai pengawas di sekolah.Cikgu
Rahim beritahu papa pelajaran kamu semakinmerosot.Apa dah jadi ,Ika ?”tanya
papa.Aku hanya menundukkan kepalaku,tidak berani menentang mata papa.
Di sekolah,guru-guru mula membandingkan
diriku dengan Ina.Aku berasa rimas dengan keadaan begini.Aku bercadang untuk
memberitahu Ika perkara sebenar.Sebenarnya,aku tidak suka menyakitkan hati
orang.Aku mula berasa bersalah terhadap apa yang aku lakukan terhadap Ina.
“Ina,Kak Ika ada perkara nak cakap sikit.Kak Ika minta maaf tentang apa saja
yang Kak Ika telah lakukan.Harapan Kak Ika agar Ina cepat tinggalkan rumah
ini,”kataku tunduk.Aku malu dengan sikapku.Ina memegang bahuku.Aku mengangkat
muka memandang wajahnya.Air muka Ina tenang,tidak menampakkan marah atau
tersinggung dengan kata-kataku. “Ina faham.Bukan niat Ina untuk merampas kasih
sayang pakcik dan makcik.Ina Cuma ingin merasai secebis kasih sayang sebuah
keluarga.Ina bersyukur kerana layanan Kak Ika sekeluarga yang begitu mesra.Ina
tidak pernah terasa hati atau tersinggung dengan apa yang berlaku.Ina sedar
semua itu salah satu cabaran hidup Ina,”jawab Ina dengan tenang.Aku kagum
dengan sikap Ina. “Maafkan Kak Ika,dik,”kataku sebak.Aku memeluk Ina dengan
erat.Air mataku mula mengalir.Alangkah mulianya hatimu,Ina.
Bermula dari saat itu,hubungan aku dengan
Ina menjadi semakin rapat.Bagai aur dengan tebing dan bagai isi dengan
kuku.Kami memang tidak boleh berpisah.Mama dan papa gembira melihat perubahan diriku.Tahun
pertama berpuasa bersama kami membuatkan Ina berasa seronok.Lain rasanya
apabila berbuka puasa bersama sebuah keluarga yang lengkap.Dua tiga hari
sebelum raya,aku dan Ina membantu mama mengemas rumah. “Biar Ina pasangkan
langsir,aku perasan bahawa wajahnya pucat.Dia memegang kepalanya.Belum sempat
aku bertanya,dia terjatuh dari kerusi.Mujurlah tiada apa-apa yang
berlaku.Kepalanya hanya luka sedikit sahaja.Aku membawa Ina berehat.Selepas
itu,aku mengkhabarkan perkara itu kepada mama.Mama berasa cemas.Tapi Ina segera
menenangkan mama.Katanya mungkin dia terlalu penat kerana selalunya dia akan
berasa pening jika berkeadaan begitu.
Hari yang dinanti menjelang akhirnya.Aku dan
Ina bangun awal untuk menunaikan solat sunat aidilfitri bersama papa di
masjid.Selesai solat,papa mengajak kami melawat nenek dan datuk di
kampung.Kampung papa di dalam bandar yang sama. “Ina,cepat sikit.Papa dah nak
pergi,jeritku. “Alamak,Ina lupa nak ambil baranglah.Kak Ika pergi dulu nanti
Ina datang,”kata Ina.Aku masuk ke dalam kereta.Sudah sepuluh minit menunggu,Ina
tidak muncul-muncul. “Mana Ina,Ika ?”tanya papa. “Entah,nanti Ika
tengokkan,”kataku.Aku memanggil Ina tetapi tidak ada suara menyahut.Aku terus
membuka pintu bilik.Aku terkejut apabila melihat Ina terbaring tidak sedarkan
diri.Aku menjerit cemas memanggil mama dan papa.Papa bergegas membawa Ina ke
hospital.Ina telah ditahan di wad. “Encik Aidil,sebenarnya anak encik menghidap
tumor otak yang telah berada tahap kritikal.Ada ketumbuhan di bahagian medulla
oblongata dan sel kanser telah merebak ke bahagian lain.Dia berada dalam
kritikal dan pihak kami tidak dapat berbuat apa-apa,”jelas doktor.Papa
terduduk.Mama menangis.Dan aku bagaikan bermimpi.
Suasana sepi menyelubungi bilik wad di pagi
Aidilfitri.Papa kemudiannya menghubungi Puan Aisyah,penyelia Rumah Bakti Seri
Putri untuk mendapatkan kepastian tentang penyakit Ina.Dan dia telah
mengesahkan perkara itu.Ina yang meminta dia merahsiakan perkara ini daripada
pengetahuan kami.Ina bimbang tidak ada yang sudi mengambilnya anak angkat jika
meraka mengetahui tentang penyakitnya.Dia amat berharap dia dapat menerima
kasih sayang sebenar sebuah keluarga sebelum pemergiannya.Alangkah sayunya
hatiku mendengar penderitaan yang Ina alami.Aku mendekati Ina dan mengusap lembut
kepalanya.Ina bagaikan mendengar panggilan hatiku.Dia tersedar dan memandang
sekeliling.Dia memandangku lalu tersenyum.Tetapi senyumannya terlalu hambar.Aku
tahu dia sedang menderita.Dia tiba-tiba menunjukkan sepucut surat kepadaku.Aku
menyambut surat itu dengan perasaan hairan.Aku memandang Ina.Dia seolah-olah
ingin memberitahu aku sesuatu.Aku mendekatkan telingaku ke mulutnya.
“Ina sayang Kak Ika,papa dan mama,”katanya
lemah.Aku berasa sebak.Aku mengucup dahi Ina.Dia hanya tersenyum.Papa
mendekatkan mulutnya ke telinga Ina untuk mengajarnya mengucap.Kudengar suara
Ina tersekat-sekat.Aku tidak dapat mengawal diriku lalu menangis tersedu-sedu
di bahu mama.Ina telah pergi meninggalkan aku.Air mukanya menampakkan dia pergi
dengan tenang.Aku mengucup dahi Ina buat kali terakhir.Air mataku mengalir
laju.Mama teresak di bahu papa.Papa kemudian menyelimutkan seluruh tubuh kaku
Ina.Papa semacam cuba menyembunyikan kesedihannya.Namun air matanya jatuh
jua.Aku pergi ke suatu sudut yang terpencil.Aku mengeluarkan surat yang
bersampul merah jambu yang diberi Ina seketika tadi lalu membacanya.
“KAK IKA,
Ketika Kak Ika membaca surat ini,mungkin
Ina telah pergi menghadap Ilahi.Kak Ika janganlah menangis kerana ini semua
telah ditakdirkan sejak azali lagi.Terima kasih yang tidak terhingga Ina
ucapkan kepada papa,mama dan Kak Ika kerana sudi menjaga Ina.Bukanlah niat Ina
untuk melukakan hati sesiapa dengan menyembunyikan penyakit Ina ini.Tetapi,jika
perkara ini menyinggung perasaan Kak Ika sekeluarga,Ina memohon sejuta
kemaafan.Ina tidak akan melupakan memori kita bersama untuk selamanya.Ina
berbangga mempunyai seorang kakak seperti Kak Ika.Sudah lama Ina dahagakan
kasih seorang kakak.Akhirnya tercapai juga apa yang Ina impikan selama ini.Ina
redha dengan suratan takdir.Ina mohon maaf jika Ina ada terkasar
bahasa.Halalkan segala makan minum Ina.Hanya ALLAH saja dpat membalas budi baik
papa,mama dan Kak Ika.Maaf kerana tidak dapat menyambut hari yang bahagia ini
bersama kalian.Doakan kesejahteraan Ina di alam lain .Akhir sekali,Ina teringin
sangat mendengar Kak Ika menyebut I LOVE
U kepada Ina seperti kasih seorang kakak kepada adik yang disayanginya walaupun
Ina sudah berada di alam lain.Inilah wish Ina kepada kakak.Sekian
saja,wassalam.
Adikmu,
INA
Aku
menyeka air mataku.Ya ALLAH,alangkah berat dugaanMu ini.Walaupun masih
muda,pemikirannya begitu matang.Bagaimana Ina boleh menghadapi dugaanMu semuda
usianya?Aku bersyukur kerana Kau mengurniakan Ina sebagai teman.Dia banyak
menyedarkan aku tentang kekuasaanMu.Ina,I LOVE YOU...Inilah wish
yang Ina hajatkan dan kakak telah tunaikannya dan kakak harap Ina mendengarnya
walupun Ina berada di alam yang lain.Aku menoleh ke arah jenazah Ina yang
sedang diusung keluar.AIN KARTINA,namamu abadi dalam
ingatanku.Semoga kau berbahagia di alam barumu.AL-FATIHAH..
No comments:
Post a Comment