TUN
DR.MAHATHIR BIN MOHAMAD
( SYAIR )
Tersebutlah
kisah ,Seorang pemimpin;
Mantan
perdana menteri ,Tun Dr. Mahathir.
Terima kasih diucapakan kepada tuan
pengerusi majlis.Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang
setia dengan waktunya,para guru,peserta dan hadirin-hadirat
sekalian.Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berdirinya saya disini adalah untuk
menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “TUN DR MAHATHIR MOHAMAD,”iaitu bapa
pemodenan Malaysia.Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri Malaysia
yang keempat.Pelbagai projek mega yang telah dicadangkan oleh beliau seperti
Kuala Lumpur International Airport ( KLIA ),Kuala Lumpur City Centre ( KLCC )
dan Mutimedia Super Coridor ( MSC ).
Hadirin
dan hadirat sekalian,
Pidato saya diteruskan lagi dengan kata
kunci yang pertama”latar belakang beliau” Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada 20 Disember 1925,di Seberang Perak,Alor
Setar,Kedah.Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik beradik.Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Seberang Perak dan
kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid,Alor Setar,Kedah.Beliau tamat
pelajaran sekolah menengah di peringkat Senior Cambridge.Pada tahun 1948,beliau
melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di “King Edward VII,College of
Medicine, Universiti Malaya,Singapura.
Hadirin dan hadirat
sekalian,
Pidato sya diteruskan lagi dengan kata
kunci yang kedua,”pelibatan awal dalam politik.”Pada tahun 1945,apabila beliau
bergerak cergas dalam beberapa kesatuan,antarannya SEBERKAS,Kesatuan Melayu
Muda dan akhirnya dalam UMNO.Tun Dr. Mahathir buat pertama kalinya , bertanding
dalam pilihan raya umum sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Kota Alor
Setar Selatan pada tahun 1964.Selain itu,Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik
sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi pada 1972.
Hadirin dan hadirat
sekalian ,
Pidato saya diteruskan lagi dengan kata
kunci yang ketiga”Menteri Dalam Pilihan Raya”pada tahun 1974,beliau bertanding
di Kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional dan menang tanpa
bertanding.Disebabkan oleh kemenangan yang diperolehi,beliau dilantik menjadi
Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak pada 6 Oktober 1974.Oleh sebab
itu,tindakan beliau yang pertama ialah melaksanakan akta university dan kolej
pada tahun 1974 dengan meletakkan pentadbiran university dibawah Kementerian
Pelajaran.
Hadirin sekalian,
Pidato saya yang seterusnya,dibawah kata
kunci yang keempat.”Timbalan Perdana Menteri.”Dengan kembalinya Tun Abdul Razak
keRahmatullah pada awal tahun 1976.Tun Hussien Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru telah melantik Tun Dr. Mahathir sebagai
Timbalan Perdana Menteri.Beliau mengekalkan jawatannya sebagai Menteri
Pelajaran Malaysia.Dalam rombakan kabinet pada 1 Januari 1978,beliau berubah
portfolio dari Menteri Pelajaran kepada Menteri Perdagangan dan perindustrian.
Hadirin sekalian
Pidato saya diteruskan lagi dengan kata kunci yang
kelima,iaitu”Perdana Menteri Malaysia.”Pada tahun 1981,Tun Dr.Mahathir dilantik
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat berkuatkuasa pada 18 Julai
1981.Tugas pertama Tun Dr.Mahathir Mohamad adalah membersih dan meningkatkan
taraf perkhimatan kerajaan dengan melancarkan kempen bersih,cekap dan
amanah.Beliau mendorong rakyat untuk “Pandang Ke Timur,” untuk mencapai
kemajuan dari segi pendidikan,teknologi serta cara berfikir.Dalam Pilihan Raya
Parti 1987,Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalahkan lawannya untuk mengekalkan
jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993,sekali lagi Tun Dr.Mahathir
menang tanpa bertanding sebagai Presiden Parti.
Hadirin dan hadirat
sekalian,
Pada tahun 1996,kerajaan telah mengumumkan
pembinaan Bandaraya Pentadbiran Persekutuan Putrajaya yang bernilai 2.6 bilion
ringgit.Putrajaya dibina untuk mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam
Negara dan seterusnya mewujudkan kerajaan elektonik.Selain itu,semasa
pentadbiran beliau juga,Kuala Lumpur City Centre atau (KLCC ) dengan ketinggian
88 tingkat telah dibina yang mana menjadi salah satu bagunan tertinggi di dunia
seterusnya sebagai Mercu Tanda Malaysia.
Hadirin dan hadirat
sekalian ,
Pidato saya yang terakhir dibawah kata
kunci,”Tu n Dr.Mahathir Bersama UMNO.”Tun Dr.Mahathir menganggotai Kesatuan
Pemuda Melayu Kedah.Apabila kesatuan ini dimasukkan dalam UMNO,beliau turut menjadi ahli UMNO.Dalam Pilihan Raya
Umum 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum itu,Tun Dr.Mahathir Mohamad tewas di
tangan calon PAS.Beliau seterusnya dipecat dari UMNO kerana perselisihan
pendapat denga pucuk pimpinan UMNO.Apabila Tun Abdul Razak menjadi Presiden
UMNO pada tahun 1972,Tun Dr.Mahathir kembali aktif dalam UMNO.Kekalahan sebelum
ini tidak mematahkan semangat beliau malah mempegaruhi beliau untuk lebih
aktirf dalam memperjuangkan nasib orang melayu.
Diantara jasa-jasa beliau yang boleh kita
ikuti ialah
Yang pertama dari segi
ekonomi
Beliau mempertingkatkan
ekonomi Negara dari pertanian kepada perindustrian,selain itu, beliau
mempertingkatkan hubungan perdagangandengan kuasa-kuasa besar dan juga
Negara-negara dunia ketiga,dan beliau mempertingkatkan hubungan antarabangsa
seperti ASEAN,KOMENWEL,OIC dan PBB.
Manakala dari segi
social pula ialah beliau mempertingkatkan perpaduan kaum dan yang terakhir dari
segi pembelajaran pula ialah beliau menubuhkan pusat-pusat pengajian tinggi seperti
universiti IPTA dan IPTS,kolej-kolej dan sekolah-sekolah dan beliau juda ingin
menjadikan Malaysia sebagai Hak Pendidikan Antarabangsa.
Bagi saya Tun Dr.Mahathir Mohamad
merupakan pemimpin satu dalam sejuta.Hal ini kerana beliau sangat sukar dicari
ganti.Sebelu saya akhiri pidato saya pada hari ini,saya sudahi dengan serangkap
pantun
Dari
mana hendak ke mana,
Tinggi
rumput dari padi;
Hari
mana bulan yang mana,
Dapat
kita bertemu lagi.
Sekian
terima kasih.
No comments:
Post a Comment