Tuesday, 15 September 2015

Teks Pertandingan Bercerita (Nakhoda Tanggang

Nakhoda Tanggang
Tersebutlah kisah zaman dahulu kala(syair)
Si Talang dan isterinya Si Deruma tinggal di sebuah kampung yang terpencil.Kehidupan mereka sangat miskin.Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang.Si Tanggang suka memburu dan mendayung sampan.
   Pada suatu hari,dia mendayung sampan hingga ke muara sungai.Nakhoda kapal tertarik hati dengan Si Tanggang lalu menyuruh orang suruhannya menangkap Si Tanggang.Akhirnya Si Tanggang di bawa belayar.Semasa di pelayaran Si Tanggang melakukan semua kerja di atas kapal itu.Kerajinannya telah menambat hati nakhoda lalu megambilnya sebagai anak angkat.Akhirnya nakhoda mengawinkan Si Tanggang dengan anaknya.Kemudian Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru dan digelar sebagai Nakhoda Tanggang.
Pada suatu petang,Nakhoda Tanggang mengarahkan anak kapalnya berlabuh di muara sungai.kebetulan pula tempat Kapal itu berlabuh ialah kampung asal Nakhoda Tanggang.Beberapa orang penduduk kampung ternampak Nakhoda Tanggang lalu memberitahu ibunya.Ibunya segera datang menemui Nakhoda Tanggang kerana dia terlalu merinduinya.Namun begitu,Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku bahawa perempuan tua itu ibunya.Ini kerana keadaan ibunya yang uzur dan miskin.Nakhoda Tanggang telah menghalau ibunya(pergi!!!!pergi!!!)
  Ibunya berasa sedih dan pilu kerana Si Tanggang yang dilahirkan dan disusuinya sudah melukakan hatinya.Dia memandang ke langit sambil mengangat kedua-dua belah tangan dan berseru;”Oh tuhan!Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya”.
   Tiba-tiba petir berdentum.Angin bertiup kencang.Kapal yang sedang berlabuh terumbang-ambing.Keadaan pada masa itu sungguh mencemaskan(takut!!!!!!takut!!!!).Ketika itu Nakhoda Tanggang berasa menyesal.
        Dia insaf bahawa tuhan telah memperkenankan doa ibunya.”Oh,ibu!Ampunkanlah Tanggang ibu!!!!,teriak Nakhoda Tanggang tetapi sudah terlambat.Gelombang yang kuat telah memecahkan kapalnya.Setelah rebut reda ,kapal yang pecah dan anak-anak kapal termasuk Si Tanggang telah bertukar menjadi batu.Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita rakyat ini ialah kita janganlah menderhakahi ibu kita kerana ia telah  melahirkan kita.

 Sekian wabillahi taufik wahidayah wassalamualikum warahmatullahiwbarokatoh

No comments:

Post a Comment

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Seman bin Jamil, Lot xxxxxx, Kg Pulau Kerengga, 21600 Marang, Terengganu En. ...