Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar Budak Kecil
Tersebutlah
kisah zaman dahulu kala(syair)
Kong Zhi
merupakan seorang sasterawan dan tokoh pemikir yang terkenal pada zaman
dahulu.Pada suatu hari,Kong Zhi dan anak muridnya pergi ke sesuatu tempat
dengan menaiki kereta kuda.Dalam perjalanan,mereka bertemu dengan seorang budak
yang berumur 6 tahun.Budak itu sedang bermain di tengah jalan.Anak murid Kong
Zhi yang melihat keadaan itu,mengarahkan budak itu ke tepi.Tetapi budak itu menjawab,”Di sini
ada sebuah kota,elok tuan cari jalan lain untuk lalu dari sini.”
Anak
murid Kong Zhi nampak sebuah kota batu yang telah dibina di atas tanah.Anak
murid Kong Zhi berasa licu dan berkata,”boleh,dengan satu syarat tuan dapat
menyatakan kebenaran.Adakah kota saya
perlu elakkan kereta tuan,atau tuan yang perlu elakkan kota saya? Sejak
dahulu lagi,keretalah yang berjalan mengelilingi kota,mana ada kota yang beri
laluan kepada kereta!”
Kong Zhi
yang tertarik dengan percakapan budak itu, turun dari kereta kuda dan berkata,”
kata-kata kamu memang benar, tetapi kami kesempitan masa. Bolehkah kamu berikan
kami laluan?”
Budak kecil
itu pula berkata lagi,” saya dengar tuan seorang yang berpengetahuan luas.
Kalau tuan dapat menjawab soalan saya, saya akan beri laluan kepada tuan.”
Kong zhi bersetuju
dengan cadangan itu. Budak kecil menunjukkan ke arah langit dan bertanya,” kita
boleh nampak bintang di langit. Berapa banyak bintang di langit?”
Kong Zhi
menjawab,”Tetapi bintang di langit terlalu banyak.Bagaimanakah boleh kita
mengiranya?”
Budak
kecil berkata lagi,”Bintang di langit banyak.Matahari pula satu sahaja.Pada
waktu pagi matahari menjadi besar tetapi kecil semasa tengah hari.Bolehkah tuan
memberitahu saya,bilakah matahari paling dekat dekat dan paling jauh dengan kita?”
Kong Zhi terkejut dengan soalan budak kecil
itu.Beliau berfikir sejenak.Kemudian
beliau berkata,”saya sangat menyesal.Walaupun saya berpengetahuan tetapi masih
tidak cukup.Silalah beri tunjuk ajar kepada saya.”
Budak kecil
melihat Kong Zhi begitu bersopan,dia pun memberi laluan kepada mereka.
Sejak
itu,Kong Zhi mengajar muridnya supaya mengaku jika tahu,dan jangan berpura-pura
tahu jika tidak tahu.Kita sepatutnya sepatutnya meminta tunjuk ajar daripada
sesiapa sahaja yang berpengetahuan kerana ilmu tiada batasnya.Itu lah pengajaranya.Saya
harap anda dapat mengikuti pengajaran ini.
Sekian
terima kasih
No comments:
Post a Comment