This blog is your go-to space for all things knowledge. From science and technology to history, nature, and everything in between, we're here to share insights, discoveries, and thought-provoking ideas. Whether you're a lifelong learner or simply curious about the world around you, you'll find something to spark your interest. Join us as we explore diverse topics, uncover fascinating facts, and dive into the vast pool of human understanding. Let's embark on this journey of learning together!
Tuesday, 15 September 2015
Teks Pertandingan Pidato (Kepentingan Hidup Berjimat)
KEPENTINGAN HIDUP BERJIMAT
Terima kasih diucapkan kepada
Tuan Pengerusi majlis,Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana,penjaga masa yang setia dengan waktunya,para peserta,hadirin dan
hadirat sekalian,Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berdirinya saya disini adalah
untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “KEPENTINGAN HIDUP BERJIMAT
“.Mengikut kamus dewan edisi
ke-3,berjimat membawa maksud tidak boros dalam berbelanja.Sifat ini
perlu ada dalam diri setiap orang.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pidato saya diteruskan dengan
kata kunci yang pertama,dapat mengatasi masalah
ketika susah.Berjimat sebenarnya dapat
mengatasi masalah ketika berada dalam kesusahan,Hal ini kerana,hari ini kita
bersenang,kita bpleh bergembira dan hidup dalam keadaan yang selesa.Hari esok
jika kita kesusahan,dengan wang yang ada,bolehlah kita menyelesaikan masalah
yang dihadapi.Seperti yang kita maklum sejak akhir-akhir ini kos pembelajaran
semakin meningkat.Kini untuk memiliki segulung ijazah yang pertama,30 ribu
ringgit terpaksadikeluarkan.Pada waktu yang akan dating jika kita tidak
bersedia dengan wang yang banyak,kita tidak boleh belajar ke peringkat yang
lebih tinggi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Berjimat
bermakna mengajar kita hidup menabung,itulah kata kunci yang
seterusnya,biasannya wang yang kita miliki akan kita simpan di bank.Selain
daripada simpanan boleh memperolehi
dividen,wang kita juga boleh digunakan oleh kerajaan dalam membiayai projek pembagunan
Negara.Berjimat sebenarnya selaras dengan kehendak agama.Agama melarang kita
bersikap boros yang membawa kepada kepapaan.Dengan wang ada,kita boleh membantu
diri,keluarga,masyarakat dan Negara pada bila-bila masa sahaja.
Akhir kata daripada saya “KEPENTINGAN
HIDUP BERJIMAT,”akan menjadi reality dengan kerjasama kita semua.Saya harap
pidato saya ini akan menjadikan anda
semua otak cair.Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Hari mana bulan yang mana;
Dapat kita bertemu lagi.
Sekian wabilahitaufik wahidah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Seman bin Jamil, Lot xxxxxx, Kg Pulau Kerengga, 21600 Marang, Terengganu En. ...
-
Berkibar gagah saat 31 Ogos 1995 Asal usulmu hamper dilupai Identiti baru lahir pada 31 Ogos 1997 Namamu bertukar menjadi jalur gem...
-
Pengenalan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin adalah fakulti yang ke-4 di UMT. Ia telah ditubuhkan pada 15 Jun, 2006. Penubuhan f...
-
TAJUK PIDATO KEHARMONIAN KELUARGA PENENTU KECEMERLANGAN INSAN “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Se...
No comments:
Post a Comment