NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT
Yang dihormati,barisan penal hakim yang arif
lagi adil penjaga masa yang setia dengan waktunya,guru-guru dan hadirin
sekalian.Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan sebuah pidato yang
bertajuk “negeri bersih rakyat sihat.”Sebagai seorang yang
bertanggungjawab,kita mestilah menjaga negara kita supaya hidup kita sendiri
sihat.bagaimana caranya,?pertama kita mestilah menjaga kuantiti
udara.Kita sentiasa mempunyai peluang untuk menyumbang ke arah kuantiti udara
yang lebih baik.Pencemaran udara perlu dibendung segera.Tindakan individu
sahaja tidak mencukupi,kerjasama semua
orang adalah perlu untuk membaiki kuantiti udara dan melaksanakan amalan hidup
yang sihat sekaligus mengurangkan pencemaran.Kita mungkin bertanya apa yang
boleh di sumbangkan?sebenarnya kita boleh berkongsi kereta ke tempat
kerja,menggunakan kereta tanpa plumbum dan membasmi amalan merokok.Kita boleh
mengindahkan kawasan rumah kita dengan menanam pokok-pokok bunga Kehadiran
bahan pencerma dalam kuantiti yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan
manusia seperti karbon dioksida dan (CFC) iaitu Cloro
Floro Carbon.Sekurang-kurangnya dengan menanam pokok-pokok bunga ,kita dapat
membantu mengurangkan bahan pencemaran ini dan meningkatkan kuantiti oksigen
Hadirin
Sekalian,
“Pidato
saya diteruskan dengan kata kunci yang kedua.”Jagalah sumber air Negara kita.Bekalan
air yang bersih dapat menjamin kesihatan rakyat yang baik.Air merupakan
keperluan utama untuk hidup.Sebahagian besar kandungan badan kita adalah
air,begitu juga air meliputi 71% permukaan bumi.Bayangkan sekiranya sumber air
yang ada tercemar,kandungan oksigen dalam air susut,bukan sahaja manusia akan
sakit,bahkan ikan dan hidupan akuatik akan mati.Banyak punca yang membawa
kepada pencemaran sumber air,antaranya kubahan dan najis ternakan yang
disalurkan terus ke dalam sungai.Bahan kimia organik seperti racun perosak,sisa
radioaktif daripada pengerusahaan kilang,juga sampah-sarap.Semua pencemaran ini
tidak berlaku begitu sahaja,tetapi sikap manusia yang menjadi
punca.Justerus,pengurusan sumber air yang baik dan sikap kita perlu berubah
berjimat cermat dalam menggunakan air dan kerajaan mestilah menguatkuasakan
undang-undang dengan berkesan.Kerajaan telah melancarkan kempen yang wajar
sejak lama dahulu,seperti”cintailah sungai kita”iaitu sumber utama Negara kita.
Hadirin yang saya hormati
Negeri
bersih rakyat sihat ,tajuk pidato yang ringkas tetapi megundang tanggungjawab
daripada kita.Justeru itu,kata kunci pidato saya yang ketiga ialah jangan
membuang sampah di merata-rata tempat atau sesuka hati sahaja.Sampah yang
berlonggok dan tidak terurus akan menyebabkan pembiakkan bacteria dan didatangi
lalat.Pembiakkan lalat boleh menyebabkan makanan yang terdedah tercemar dan
mengakibatkan penyakit TAUN.Pelbagai kempen dan usaha telah dijalankan oleh
pihak berkuasa untuk menwujudkan persekitaran yang bersih dan indah.Kempen
gotong-royong”clean our state.”Kempen atau program seperti ini harus
diteruskan.Persekitaran yang kotor akan membawa kepada pelbagai
penyakit,sebagai contoh,sekiranya kita hendak membuang sampah,buanglah di
tempat yang dikhaskan.
Hadirin-hadirat
yang saya hormati sekalian,
Pidato saya diteruskan dengan kata kunci yang
ke-4,jagalah alam sekitar kita.Alam sekitar yang tidak tercemar boleh menjadi
baik kepada kesihatan manusia.Selalunya sikap manusia yang rakus memudari alam
sekitar semata-mata untuk mendapatkan wang telah mengakibatkan kemusnahan alam
sekitar.Contohnya sikap manusia yang menebang hutan atau pokok-pokok tanpa
kawalan,mengondol bukit sesuka hati.Persekitaran hijau yang berkurangan akan
mengurangkan proses menyerap karbon dioksida,menjadikan udara kekurangan
oksigen dan menjadikan udara lebih panas.Negeri bersih blh wujud daripada alam
sekitar yang terpelihara iaitu Negara yang mempunyai tahap udara yang bersih
dan sihat.
Akhir kata daripada saya,Negara bersih akan
menjadi reality dengan kerjasama kita semua.Apabila Negara kita
bersih,kehidupan kita akan lebih baik dalam aspek kesihatan.Kesihatan yang baik
bagi setiap individu adalah penting bagi menjamin dan memastikan Negara terus
maju dan berkembang.
Sekian,
terima kasih
Teks yang berguna kepada sesiapa yang ingin mencari rujukan:]
ReplyDelete