Tuesday, 15 September 2015

Teks Pertandingan Bercerita (Ahli Sihir yang Angkuh)

Ahli Sihir Yang Angkuh
Tersebutlah kisah zaman dahulu kala(syair)
     Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India.Pada suatu hari,datang seorang ahli sihir termasyur di pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu.
    “Wahai  penduduk kampung,saya seorang ahli sihir termuka di India.Adakah sesiapa di antara anda yang berani mencabar saya ? saya boleh melakukan atau menunaikan  apa-apa sahaja yang anda pohon.”
      Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, “  Wahai Tukang Sihir,saya ingin mencabar anda.Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?”
      “Boleh! Mintalah apa-apa sahaja,akan saya kabulkan permintaan anda,”kata Tukang Sihir itu.
       “Baiklah Tukang Sihir,saya akan melakukan sesuatu dengan mata tertutup,tetapi Tukamg Sihir melskukannya dengan mata terbuka,”kata Thenaliraman.
                              “Ha!Ha!Ha!mudahnya permintaan anda,”kata Tukang Sihir itu.
      Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup matanya.Dengan menggunakan tangan kanannya,dia mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke arah matanya.
       “Baiklah tukang sihir,sekarang tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihir dengan melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata terbuka,”kata Thenaliraman.
       Tukang Sihir itu terdiam .Dia tahu dia tidak boleh melakukan seperti yang diminta.Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang bersikap terlalu angkuh.Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan itu.

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Seman bin Jamil, Lot xxxxxx, Kg Pulau Kerengga, 21600 Marang, Terengganu En. ...