Tuesday, 15 September 2015

Teks Pertandingan Pidato (Kepentingan Hidup Berjimat)

WAN MUHAMAD QUSYAIRI BIN WAN MAZLAN
4 SERATING 1
KEPENTINGAN HIDUP BERJIMAT
Bismilahirahmanirahim…
Alhamdulillahhirabbilalamin Wassalatul Wassalamuala Asyrafil
Ambiahi Warmursalim Wa’alaaalihi Wasohbihiajmain
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

  Yang Dihormati Cikgu Azizah,guru Bahasa Melayu tingkatan 4 serating 1, rakan-rakan seperjuangan serta hadirin hadirat sekalian.
 
   Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Kepentingan Hidup Berjimat”. Menurut Kamus Dewan berjimat membawa maksud tidak boros dalam berbelanja.Sifat seperti ini perlu ada dalam diri seseorang.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
    Berjimat sebenarnya dapat mengatasi masalah ketika susah.Hari ini kita senang,kita boleh bergembira dan hidup dalam keadaan selesa.hari esok,jika kita susah,dengan wang yang ada,bolehlah menyelesaikan masalah yang dihadapi.
    Seperti kita maklum,sejak akhir-akhir ini kos belajar semakin meningkat.Kini,untuk memiliki ijazah pertama,kita memerlukan sekurang-kurangnya,30 ribu ringgit terpaksa dikeluarkan.Pada waktu kita kelak,jika kita tidak bersedia dengan wang yang banyak,kita tidak boleh belajar ke peringkat yang tinggi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
    Berjimat bermakna mengajar kita hidup menabung.Biasanya,wang yang kita miliki akan kita simpan di bank.Selain daripada simpanan itu boleh memperolehi dividen.Wang kita juga dapat digunakan oleh kerajaan dalam membiayai projek pembangunan Negara.
   Berjimat sebenarnya selaras dengan kehendak agama.Agama melarang kita bersikap boros yang membawa kepapaan.Dengan wang yang ada,kita boleh membantu diri,keluarga,masyarakat,dan agama bila-bila masa sahaja.
 Saya akhiri pidato saya dengan gurindam yang berbunyi,

Berhemah berbelanja menjadi amalan,
Amalan mulia sepanjang zaman.

Bersikap boros amalan setan,
Kita ditegah jadikan ikutan.

Susah sekarang senang kemudian,
Semoga berhemah menjadi amalan.
Permidato Bestari,

Mohon Permisi.

No comments:

Post a Comment

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Seman bin Jamil, Lot xxxxxx, Kg Pulau Kerengga, 21600 Marang, Terengganu En. ...